Wahai...

بسم الله الرحمن الرحيم 
Peace be upon Prophet Muhammad, his companions and family :) 
-------------------------------------------
 
wahai langit,
tahu tak bila aku stress dkt kms dgn my inner thought, aku akan pandang kau dan lupa sekejap thing i have to deal with? mungkin aku tak boleh nak capai kau, wahai langit, tapi percaya lah kau buat ramai hamba Allah tersenyum gembira. aku antaranya.

wahai kasut,
walaupun kau bukan satu, tapi function kau tetap sama. bila aku pandang kasut yg aku tgh pakai dan aku mula rasa nak cari kasut baru padahal kau masih cantik dan elok, i would remember a quote that says "I was crying for shoes till I saw a man with no legs". sebak.

wahai makanan,
aku tahu kau yang paling aku cari lepas aku bangun tidur hahahaha, tapi ada masanya bila aku menanti yg lain utk makan bersama, aku pandang kau, terfikir sejenak dkt insan di luar sana yg sedang kelaparan. baik kerana tidak ada duit atau terpaksa berjimat. allah, lagi sebak.

wahai senyuman mak dan ayah,
aku tak kesah kalau semua orang berpaling tadah atau pergi tinggal kan aku. pergi lah. tapi senyuman mak dan ayah? tak boleh tinggal kan aku. itu masterpiece.

wahai kebaikan drpd insan sekeliling,
aku tahu semuanya milik Dia. termasuk kebaikan yg aku terima. cuma cara aku dpt adalah melalui hamba-hambaNya. hamba boleh buat silap anytime, tapi kebaikan hamba tu tetap aku simpan sbb ia dari Tuhan.

------------------------------------------------
kita semua ada saat dan cara tersendiri utk merepek.
ini, saat dan cara aku.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.