Curhat

بسم الله الرحمن الرحيم 
Peace be upon Prophet Muhammad, his companions and family :)
kita semua perlu supporter,
baik seorang rakan atau darah daging sendiri.


pernah seorang rakan,
begitu setia dibelakang aku.


itu yg aku nampak.
lalu aku percaya dia sahabat yg baik.


hilang dlm ingatan bila terakhir kali aku rasa begitu.
punyai seorang teman se-cool dia.
masa berjalan dan aku bermusafir.


ya Allah,
seorang teman yg sejati juga buat tenang hati.


hari demi hari,
jika ada hambaNya yg dtg bawa kebaikan,
aku terima dia sebagai teman.
setia atau tidak hambanya Dia itu,
aku tolak tepi.


aku terima dia dan kebaikan yg dibawanya.
aku gendong kebaikan itu atas nama Allah.
dlm diam aku hormati teman itu.


biar buruk lisannya,
tapi kebaikannya yg aku fokuskan.
biar kecil,
aku besarkan.


bila tiba masa utk dia pergi,
aku relakan.


kebaikannya tetap aku gendong.
keburukannya cuba aku tutupkan.


belajarlah menjadi seorang teman.
teman buat ibu bapamu.
teman buat cinta hatimu, suamimu.
teman buat mereka yg ingin berteman.


lontarkan kebaikanmu.
biar dilambung tinggi-tinggi ke udara,
jauh ia terbang menuju kepada yg sudi menerima.


kebaikan dtg kepada yg punyai ihsan,
daripada seorang teman,
ihsan itu aku definisikan,
sesungguhnya ia datang daripada Tuhan.


Allahu..

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.