Iqra'. (Baca)

بسم الله الرحمن الرحيم

Satu benda aku tak suka pasal cuti sejak masuk KMS adalah bila aku jadi liat takda disiplin dkt masa. Bangun lambat, tidur lambat, duk twitter/IG memanjang. Honest ah, benda ni buat otak aku numb sebab it's uncontrollable. 5 jam boleh hadap dua tu je. 5 jam yg sama jugak aku guna masa study week utk study habis-habisan sampai kepala pusing. Tak ke jauh beza tu? 

SubhanaAllah. Rutin dkt KMS ada impak jugak dkt aku. (Ewah, bajet)

Dah seminggu cuti berlalu, seminggu jugak aku me-lagho. IG/Twitter/lepak/movie. Takda benda produktif. Ada la baca buku, tapi disiplin takda. Actually, reading helps you to stay focus. Nak buat otak kau fokus pada setiap perkataan, supaya kau dpt terjemah maksud ayat, memerlukan fokus. Kalau setakat baca gitu je, tak payah la baca buku, baca komik je senang. Aku nak buat something yg aku tak rasa mcm terbuang masa dgn sia-sia, so membaca je lah pilihannya. It has been few days jugak aku ada habit ni. Habitnya adalah, lepas solat subuh, terus grab a book and baca sampai around 10-11am, pastu take a nap sbb by that time, apa aku baca dah mcm tembus je, tak serap dlm otak hahaha.   
Nice okay! 

Lagi nice kalau tengah sunyi dan sejuk tu, dgn langit dkt luar mcm gloomy nak hujan, Adam tiba-tiba text saje nak comel-comel pepagi buta hahaha! Kegembiraan sangat :p 

Banyak benda yg aku fikir nak buat masa sebelum cuti, tapi tak buat lagi. Antaranya, proceed jahit tudung supaya aku boleh bwk balik KMS stock tudung tu. Hey nisa, tidur lagi ke? -__-


Buat masa skrg, aku tgh baca Di Hamparan Shamrock Ku Seru NamaMu. By Hasrizal Abdul Jamil. Aku suka buku-buku dia. Penulisan dia realistik, direct terus daripada pengalaman dia sebagai imam dkt Belfast, UK. Berkahwin dgn seorang doktor yang dia tak pernah jumpa. Melalui mcm nak gila punya journey just for the sake of graduating (which also made my eyes pooled). Membesarkan anak-anak selama 11 tahun dkt tempat orang etc. Nice book. Aku suka gila penulisan dia sebab tu lah --realistik. 

Bercadang nak beli semua buku dia. Semoga penulis diberkati Allah sebab share experiences dia. Buku pertama oleh dia yang aku baca adalah Aku Terima Nikahnya. Okay, tajuk mcm gatal. TAPI NANTI DULU, kau baca dulu buku tu baru kau tahu. Reading that book at the age of 19 buat aku pandang jauh and luas gila dkt possibilities of my future. SubhanAllah. Oi, dia bukan cite psl cemana nak nikah la. Dia cite psl pengalaman penulis dkt Belfast. Cara dia melihat sekeliling etc. Awesome ah senang cite. 

Dkt asrama kalau aku tgh baca buku tu, muka berkerut je sampai kena tegur hahaha! Khusyuk, bukannya apa. 

Ayuh, membaca daripada membuang masa :)

XO, Nesayang.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.