Week 7 / Final Sem

.
Isnin.
Smlm (ahad) aku sampai asrama lambat dan aku sgt penat. Jd aku tk fikir pape, terus start my day (Isnin). Tk prepare ah senang cite. Nasib kerja week 6 dh settle. Tp aku tahu week 7 ni kerja mesti mcm gunung meninggi. Biasa lah, nak exam, matrix life mmg gitu. Lg nk exam, lg belambak kerja kau. Masa sikit. Astaghfirullah, merungut hehe. 

Tk leh blahnya, aku dgn confident nk top up rm30 utk internet, ttba baru aku sedar purse aku tkda. Haaaaaa elok sgt. Baru isnin, makan pasir la jawabnya. Sigh! Tinggal dlm kereta rasanya.. Bertabah lah mkn oat sepanjang weekdays ni.

Selasa.
Harini aku belajar :
1) jgn cepat terasa hati sgt.
2014 adalah hari yg aku azam tknk terasa hati. Biasalah bila kau azam, Tuhan mesti hntr ujian nk tgk jitu tak azam kau. Seharian penat aku pujuk diri "jgn distracted dgn sekitar kau, work hard, smile often, ingat Allah, ingat universiti kau nk kejar".

2) member lupa kau tkpa, jgn kau lupa member.
2014 adalah tahun yg aku nk cuba jd member yg baik. Aku tk pandai bab ni, tp aku cuba aa. Aku percaya bhw kalau org buat jahat dkt kita, kita kena tetap dgn attitude "melawan secara bijak, nak diam pun kena bijak", sbb kau tk leh agresif sgt, tk leh pasif sgt. Balance. Tp aku cuba imagine what would Rasulullah do bila org buat jahat dkt dia? Sakit kan hati dia? Sabar mungkin. Zaman skrg ni org suka main pijak kepala. Kau diam, org pijak smpai lumat hati dan perasaan kau. Ntah, aku cuma mampu senyum/gelak, tunduk sambil tahan terasa hati/marah dan kemudian distract diri. Kalau tak, aku corrupt duk fikir org pedajal aku. Sigh. Dasar hati tisu.

3) jgn pinjam harta org kalau bkn terdesak sgt.
Aku cuba utk tk jd kaki pinjam harta (duit etc) walau mcm mana pun. Harini aku mmg lapar gila. Smlm aku cuma mkn oat dgn jambu air mak bekal kan je. Tambah pulak aku workout smlm, idea gila!! Duit dh takda, pegi workout pastu lapar mcm singa tgh lapar (?). Hahaha! Tp aku nekad aku tknk bgthu sesapa. Kecuali sorg. Sbb aku kena tanya dia aku ada tinggal purse dkt bilik dia tak. So kantoi dh dkt situ. Dan aku kira balik, tambang balik biasanya rm4.10 kalau tumpang org smpai station bas instead of naik cab. Problem is, aku ada rm3.50 je. Itu pun kebetulan coins tu semua terkeluar drpd bag masa aku cari purse yg tkda tu. Mana nk cari lg 60sen???? Muka tebal, aku pinjam dkt member aku td tu. Sigh.. segan. Semoga Allah memberkati rezeki dia dan sekeluarga, memudahkan urusan mereka sekeluarga di akhirat dan dunia mcm mana member aku ni dh permudahkan urusan tambang aku nk balik minggu ni. Allahu.. sebak jap.


4) bersyukur dgn makanan yg ada, walaupun sikit. Habis kan, jgn bazir.
Sbb aku tertinggal purse, jd aku mmg ikat perut. Benda ni ajar aku supaya hargai makanan. Ttba aku jd sebak sbb "tak mampu" nk beli makanan minggu ni, tapi aku fikir balik... nonsense ah nk sebak! Anak2 syria, palestin, africa tu sehari ntah apa dorg mkn. Silap hrbln, makan pun tidak! Engkau baru isnin-khamis "tk mampu" mkn sedap, kau nk sebak kenapa? Sigh, astaghfirullah. Terima kasih Allah utk ujian ini yg bukak mata aku. Aku btl2 rasa sebahagian kecil drpd apa yg anak2 tu rasa. Pada saat dunia mkn dgn sedap, mereka tk cukup mknn. Pada saat kwn2 mkn sedap dpn aku, aku paksa kunci mulut dan berlapar. Allahu.. Benda2 camni nmpk remeh je, tp dia mcm ada kesan sket dkt aku. InsyaAllah, nnti ada rezeki lebih in future, aku nk ajak jodoh aku cari anak2 kecil yg terbiar kelaparan tu dan beli kan mknn utk dorg. Aku tknk dorg berlapar mcm aku while aku seronok bermewah dlm makanan. Knp ajak jodoh? Sbb aku tk pasti which of my friend yg menjiwai benda2 gini.. huhu.. Tp, cuma dgn izin Allah, jodoh aku seorang lelaki cool yg menjiwai benda camni. Ye lah, kita semua ni tahu nk mkn sedap, kesian dkt anak2 syria semua tu, tp berapa byk kita tolong depa dlm sehari hidup kita? Tk pyh sehari, setahun ah, berapa? Sigh. Bila aku berlapar camni, aku ttba rasa bahawa bahagia yg sebenar bukannya bila perut kenyang, tp bila kita buat perut org lain kenyang. Org yg susah, khususnya. Sbb bila kita kenyang, kita tk rasa pape. Tp aku personally rasa bila aku share mknn dgn org or have the chance feed org susah, aku jd kenyang --senang hati. Lebih senang hati mcm tu drpd senang hati selepas kenyang dpt mknn sedap. Allahu.. 2014, tahun utk share rezeki dan jgn bazir mknn.

Rabu.
Aku baru bgthu ayah yg aku tkda duit, maka ayah bank in duit dkt acc member aku. Perghhh mmg makan mcm tk makan seminggu ah lepastu. Penat gila harini. Takda rehat, dgr talk drpd pakcik UMP etc. Sigh nak balik!


Khamis :
Hari paling... ntah. Aku tkda mood sgt. Kepala dh fikir nak balik. Mungkin sbb byk benda kena buat. UPS pun dh nak start akhir bulan ni. Argh! Pressure! Aku dpt tahu result MUET keluar Jan 16, lagi pressure -_-" whatever, taknak fikir..

Jumaat :
Finally, jumaat! Sampai rmh jugak harini. Ayah awal pagi dh balik jb, tgk nenek yg sakit dkt hospital. Tinggal aku dgn mak and adik2. Ttba terfikir what if ayah takda eh? Semua kena buat sendiri. Aku lah jd tunggak utama fmly. Protect depa etc. Hm random sgt ni. 


Weekend :
Weekend paling malas abadi hahahaha! Pegi amek baju kurung utk dijahit manik, aku harap aku tak jahit asal boleh je. Sbb masyuk jugak income jahit manik ni bila fikir balik. Tp kena warm up dulu nk menjahit tu sbb aku dh lama tk jahit, so a bit slow. Kalau kira total, should be aku ada few sources of fund nak ke Korea. Elaun, jahit manik, part time kerja. Aku pun tk fhm kenapa aku buat semua ni. Hahahahaha padahal life dkt matrix dh cukup busy dh. Nasib lah kerja tu cuma masa cuti je. Tk kacau sgt study. Ni pun aku kena curi2 masa nak jahit. 64 helai baju woooooo! Byk tu! Harap2 tkda kacau mood aku nak study. KMS lg 3 bulan nak hbs!! Fuh! Sikit lagi beb. Tk lama pasni tinggal 1 bulan pastu 1 minggu pastu 1 hari. Mmg aku sengihhhhhhhhhh manjang hahahaha! Isnin ni aku balik lg, tp bkn SA. Cuma keluar over night utk buffet dinner nthen lepak2. The heck? Hahahaha exam nk dkt dh woi. Tkpa, prinsip aku, enjoy adalah enjoy, smpai masa kena study, kena study. Jujurnya, aku masih lg mencari punca downfall yg lalu. Sedang mengkaji lagi. 


Aku harap result MUET tak terlalu sadis dan UPS bersinar dgn terang buat kali terakhir :)


Minggu yg gila! 
Argh, kena tabah!
Kena move ke depan.
Tk leh static je!
Fight nisa! Just a lil bit more :)
InsyaAllah!


Assalammualaikum <3


Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.