Improvisasi.

بسم الله الرحمن الرحيم 

4 hari tak update pape, aku rasa mcm dah 2 bulan blog ni berhabuk. Betul lah kata orang, bila kita sibuk, kita tak sedar masa tu berlalu dgn pantas. Ini baru minggu ke-3 lepas midsem break, tapi aku rasa mcm dah 3 bulan kelas tanpa henti. Dahsyat penangan degree ni. Mungkin bila kita busy dgn duniawi, nikmat masa tu Allah tarik sikit demi sikit. Mungkin jugak betul kata orang, berkatnya masa itu ada pada solat di awal waktu. Kalau kita solat awal waktu, kita rasa masa mcm panjang, tak terkejar-kejar. Mungkin.


I think I have lost connection with my readers, esp those friends abroad. Idk. I think when we lead a busy life, we tend to forget the usual connection or people. Tu yg jadi kes lupa birthday bff sendiri bagai. I felt at my worst. I apologize if whatever I wrote here in my blog seemed lost or tergantung hahaha.

Aku perlu improvisasi. Bukan sekadar atas pentas teater, tapi dalam hidup sekali. 

Harini aku belajar improvisasi (percayalah aku amek masa berfikir time mandi td apa improvise in malay haha bantai ah) dgn director and other casts. Payah. Tapi bagus game improvisasi yg dorang buat ni, esp utk si degil tegar mcm aku. Aku tak faham kenapa tiba-tiba aku jadi tunggul kayu atas stage tadi lepas dorang bagi task.

Kolej Matrikulasi Selangor, 2014. Ketika semester akhir, semester pembebasan lol HAHAHA



Task nya mudah. Director (Ikhwan aka Man) bagi satu quote and kitaorang kena lakonkan quote ni. Hahaha absurd kan? Lakon kan quote? Apakah...... Itu sebab aku jadi tunggul kayu. Tiba-tiba datang pulak angin segan aku, hmmphhh tak jadi apa.

Secara amnya, improvise ni bertujuan utk jadi kan casts lebih kreatif dgn watak dan dialog. Sbb tu ada game improvise masa latihan. Aku mmg perlu sgt game ni. Why? Sbb nesa is kayu. Hahaha! Aku suka khayal atas stage atau masa dlm watak Shah. Alan dah suruh keluar stage, aku masih dlm watak. What the heck? Berangan doh.. Hahhaha.

So, improvise ni melatih fokus dan kreativiti sebenarnya. Mcm dalam hidup, tak setiap masa life works according to how we want it. When life is testing, we gotta improvise. Think outside the box, find a way to fix it.

Improvisasi bukan hanya atas pentas, tapi juga dalam hidup. 

P/S : Aku rasa hidup aku yg busy tiba-tiba lepas midsem break ni telah Dia susun rapi dgn tujuan utk merawat hati aku yg rabak teruk masa cuti midsem haritu. Bila kita busy, kita lupa betapa rabaknya hati ni sebenarnya. Kita distracted. Ya Tuhan, mohon hati ni tabah segera. Aku dah serabut balik ni.
----------------------------------------------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.