Maaf?

بسم الله الرحمن الرحيم 


Berdoalah agar aku mempunyai kekuatan dlm memaafkan, agar aku tidak berdoa panahan petir mengenamu, berdoalah hati ini lembut melepaskan.

Berdoalah agar di hadapan pintu neraka nanti, tidak ada lagi yg perlu aku bangkitkan dan tuntut darimu, berdoalah agar di hadapan pintu neraka nanti, aku telah pun memaafkan.

Berdoalah agar di hadapan Allah nanti, aku sudahpun melupakan. Berdoalah agar di hadapan Allah nanti, aku tidak lagi merintih sedih dan kecewa.

Berdoalah agar di hadapan Allah nanti, pada saat amalan mu dihisab, tidak ada ke-tidak-ampun-an dosa dr aku yg serba pincang tatkala ini.

Berdoalah agar hati ini tidak merayu pd Yang Maha Mendengar agar di-reciprocal-kan kecewa ini kpdmu. Berdoalah agar dosamu terhadapku telah aku ampunkan sebelum Allah ambil nyawa ku ini.

Sungguh, doa dr yg keadaannya seperti ini, tiada hijab dgn Allah.

-----------------------------------------------
Maafkan?

Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Perjalanan di Beijing.