Assignment 5 pagi.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Pada minggu ini, aku bersama rakan-rakan telah dikurniakan (more like dihempap) assignments yg menggunung harus disubmit. Seperti di matrikulasi, mungkin aku ni dah lupa diri, the final weeks before final exam are usually the busiest evahhhhhhhh. Dulu dekat matriks, masa ni la aku berposak settle kan past year questions sampai lebam. 

Now, di kehidupan degree, tiada past year yg aku sentuh muahahaha. Ok tipu. Ada satu je. Tapi kalau nak compare prestasi dulu dan skrg, amat lah jauh jurangnya. Aku boleh kata kan yg semester pertama ni lebih terisi dgn teater, tapi salahnya tetap pada aku. Eh sync pulak dgn tajuk teater haritu lol. 

Skrg dah week 13. Next week adalah yg terakhir sebelum study week. Otak aku sedang terisi sebanyak 10% ilmu dari kuliah. Paling power. Tak tau cemana nak hadap paper nanti. I literally mean 10% okay. Price floor pun kenot explain well. How la...

Semalam, pukul 5 pagi kami tidur buat presentation Economy yg akhirnya tak boleh present sbb masalah technical. Skrg pukul 3.30pagi, baru selesai redo everything from scratch. Terasa 'indah'nya menjadi siswi berkelulusan ijazah sarjana muda. Pffttt. But this is the reality that I have been waitiing for. Aku paling benci presentation atas kertas mahjung. Lambat lagi comot. Tangan aku gemar menari atas keyboard bertemankan tetikus.

12pagi di Subaidah, bertudung indon, bersemangat waja lol hahahaha. Dont judge me.

Aku tak faham kenapa ayat aku mcm terencat waktu gini. Aku patut tidur. Esok kelas packed. Oh aku baru sedar yg aku dah jarang sekali tidur awal mcm dkt matriks dulu. Well, people change :p


------------------------------------------------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Perjalanan di Beijing.