Latihan Intensif Bakal Komander.

بسم الله الرحمن الرحيم 


Date : 19 - 28 January 2015.
Venue : Kolej Tun Mamat, UiTM Melaka Kampus Bandaraya.

So, apa cerita?
Kem tu memang epic. Especially the fact that aku buat hal. Muahaha. Memang kena mugged dgn senior, kena bash, kena marah, kena tengking, kena lecture, semua ah kena. 10 hari, tipu lah kalau aku tak rasa mcm nak blah je dari situ. Aku rasa most of us rasa camtu. Semua rasa nak blah. Mana taknya, everyday kena saiko, mental kena uji, mmg nak blah lah kan. Aku rasa, tanpa kes yg aku buat tempoh hari, kem ni mungkin sekadar kem yg menguji tang tak cukup tidur je. Yg lain, cliche and adaptable.

Dkt kem tu, aku tak sempat nak kurus. Ye la, makan sehari 6 kali. Kena paksa makan. Kalau member tak habis, kena suap2 each other sampai semua licin. Membina ukhuwah katanya. Adik-beradik katanya. I have to agree with it. Food mmg menjalinkan hubungan. Aku rasa happy bila share mknn dgn member. Susah payah nak telan baki mknn tu sampai mengalir air mata tau tak? Usually lunch ktorg 5-15minutes je. Tgk kalau dorg baik hati, lama la sikit masa diberi. Kalau tak, nasib kau la nak, Telan la semua.



they came all the way from Shah Alam for my first ever POP (passing out parade)!! Thank youuuuu :)



Aku buat hal masa dkt sana. Lupa diri gamaknya. Biasa lah, aku bukan jenis yg suka sgt ikut rules ataupun cuak lebih kalau terlanggar rules. Moderate la kononnya. Ada la rules sikit aku langgar masa dkt sana. Lepas kes tu, berhari-hari aku kena bash. Asal masuk baris je kena perli. Padu beb. Aku amek je semua tu. Sabar. Tahan kan. Tak luak pun kena perli. Sakit sikit la. Aku fhm dorang senior cuma on duty nk didik adik-adik. Kena garang sikit. Takpa, yg sakit hati ni boleh recover.
Aku sebenarnya half-heartedly nak menghabiskan LIBK tu, dorang pun tau. Fuh, lagi sakan aku kena bash, kena basuh, kena perli. Dah la nak quit, buat hal, mmg combo. Tapi aku jujur. Itu aku puas hati. Aku mampu utk jujur bila dorang tanya. Kau igt senang nak jujur? But I did proudly muahahaha. Cuma tu lah, dlm hidup ni kau tak boleh ada attitude buat benda separuh jalan. Kau dah mula, so kasi settle sampai habis. Give it all out. Sbb I gave all out lah aku boleh TERjadi MC, TERnyanyi hiburkan dorang masa polish boot, TERbangun subuh awal bentang sejadah. Dlm keadaan paksa rela, attitude menghabiskan what you have started tu kena ada. Kau jgn barai sgt buat benda separuh jln walaupun kau tak suka benda tu. Biar lah kau bodoh lembap tak power ke whatever, asalkan kau tak drop terus benda tu and leave. Lek lu bro, settle kan dulu. That is what I told myself.

generasi komander yg masih ada di KBM :)



Sbb kan kes tu jugak, aku rasa isolated drpd dorang. Mungkin sbb rasa bersalah. Biasalah all for one and one for all. Sorang buat salah, semua turun push up atas jln tar tu. Fikir sendiri lah apa yg budak-budak tu kena lepas aku buat hal tu. Aku yg kena teruk, dorang yg menangis sedu-sedu. Aku tak nangis mungkin sbb jiwa aku takda dkt situ so idgas. Atau mungkin sbb aku mmg dh susah nak nangis sedu sedan. Dulu masa teater pun kena paksa nangis. What la nisa..... you grew so heartless meh? Hahaha. 


Tak terlintas pun dlm hati nak ada calit dkt bahu tu bila degree ni. Esp aku jenis bebal tak suka kawad. Haishhh random decision kills me sometimes.

Ini dkt Bandar Hilir, tgh Explorace. The only escapism after days of kawad -.-


Ni batch ke-3 komander KBM, adik-beradik katanya.

Jog drpd Kolej Tun Mamat sampai Bukit St Paul. Padu gila beb, we were proud of ourselves, hence this pose :p



Budak ni nama Firdaus. Class rep aku, tukang teman, ketua platun, best junior komander. Alumni Maktab Tentera Diraja okayyy. Pangkat adik haa ni, selalu duk kata aku kakak. Phuiii. Buh la gmbq ni to say thanks fr all the advices and effort utk squad kita. Sampai habis suara hang duk jerit dkt kami. Thank you, tok ketua hahahaha

Aku duk rasa benda ni bodo lawak gila hahahaha belajar kawad tongkat mmg fun. Lagi fun bila kena denda camni hahahaha aduh terbaik beb!

Teammates aku yg padu masa Explorace. Kami lek je kot berjalan siar-siar, dpt la nombor 2 dari blkg hahahaha.

dan akhir sekali, gambar graduation kami aka POP. Allah bless whoever snap this picture sbb tgk la aku kat mana hahaha. Silap sikit tk nmpk beret aku je sbb tgh lambung ke atas :')

Kem ni mmg epic. All the agony and bliss combined as one is really a weird plus uneasy yet very meaningful journey. Arghh, conflicted gila nak describe kem batu ni. Tak semua benda aku boleh cerita dkt sini, sbb whatever happened dkt LIBK ended there. Those were memories we kept among each other. We were taught to care for each other mcm family. Jaga aib masing2. Jaga nama komander. I can't guarantee that I'd do this bcz of passion, but I'd try to carry on bcz I am blessed with it. Pujuk hati beb...

Remember guys :

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
[Al-Baqarah : 216]

--------------------------------------------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.