Nak menulis tapi malas.

makin teruk pulak aku rasa prestasi aku update blog ni, tapi masih ada yang tabah bukak blog ni every day. mekacehhh ye sayangs!

Aku pun tak tahu nak update apa dah. Kalau ada boyfriend, penuh dah kot ayat syahdu dlm blog ni utk dia. Hahhahaha.

Malam ni tetiba aku rasa mcm aku perlu manfaatkan cuti sem yang aku relax sangat ni dengan mula utk draft buku pertama aku atau short stories atau whatever dan kemudian hantar dkt publisher mcm Buku Fixi or Lejen Press ke entah siapa" lah.

Seorang anisah memang happy kalau dapat tolong orang lain buatkan ayat. Kepuasan tu ada. Apatah lagi menulis sebuah cerita. Jgn ckp lah dia punya addiction tu. Tapi wahai sahabat semua, nak mula draft menulis tu yg liat dan malas.

Idea kalau boleh beli dekat pasar, setiap hari aku bangun pagi.

Tapi sebenarnya, tak payah susah" sebab dalam bilik pun boleh dapat idea. Caranya, KENA LA HABIS KAN BACA SEMUA BUKU" YG MELAMBAK NI WOIIIIIIIII -_-

Betul, dgn membaca kita dapat idea menulis.

Aku je ke yg benci perkataan "menulis" ni? Hahahahaha. Aku rasa perkataan tu mcm terlalu by the book.

Tapi takpe, aku rasa mcm nak letak dlm to-do list sebelum kahwin, kena publish satu short story/buku. Fuh, berat ni.

Kkk gerak lu, nak mula membaca.
cehh cehhhhh hahaha!
Take care everyone!
Love you guys!


(ps: ear port ipod aku dgn jayanya jahanam sbb jatuh, so akibatnya aku tak leh cucuk earpod dkt port tu sbb hole tu tak bulat dah, tak fit dah, fhm tak perasaan aku cane? fhm tak? ergh!)

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.