Perjalanan di Beijing.

POST YG PANJANG OK.
(hm lama tak tulis mcm ni. lama sgt hew hew hew)

ps : tiada travel info yg terlalu byk dlm ni. sikit" tu ada kot. ini bukan travel post. ini post 3am yg malas.

It was really a great experience for me sebab aku tak pernah travel ramai-ramai dgn member. So memang meriah dan seronok sangat-sangat! Rindu lah jugak pergi trip tu. Tapi Beijing bukan tempat yang aku nak datang balik. Tak mcm Korea. Entah lah. Aku rasa sebab makanan dia tak best, lepastu dia takda wow factor sangat kot. Korea tu boleh nampak la canggih dia lebih sikit dari Malaysia. Maybe tu yg menarik. Beijing ni aku rasa mcm just nice lah. Alhamdulillah dapat pergi time winter. Walaupun tak merasa snowfall, aku tetap happy dapat rasa sejuk tu.

Biasanya sejuk yg tak boleh handle tu time pagi bila dah start touring. Contoh mcm dkt Summer Palace. Time dkt SP ni mmg aku jujur cakap, sejuk nak mamposssss. Pastu baru aku tahu time tu it was around -3dc. Haaa negative kau!

Lepastu dkt Great Wall pun sejuk gak. Senang cite, kalau malam dgn awal pagi mmg sejuk teruk! Aku punya pipi sampai kejung. Haha.

Pegi Beijing ni akan mewajibkan kau pergi kedai kerajaan dia for 40minutes each. bosan. bosan. bosan. kedai buluh, kedai sutera, kedai jade, kedai teh. ha siapa rambang mata suka lah. pd aku, bosan. bazir masa pegi sini. tapi tu lah, wajib kena pergi sebagai pelancong luar.

Kulit muka kau dkt sana mmg akan flawless. Kalau kau mmg dh flawless, akan jd semakin flawless mcm procelain dolls. Senang cite, winter mmg buat kulit kau nmpk cantik dlm gmbr tp kering sikit. So bawak lah vaseline.

Oh did you guys know that I misplaced my father's camera? Haaa fml. Aku yakin camera tu ada dlm cabin tp ada orang amek and tak pulang dkt lost and found. Aku dah tahap redha dgn kehilangan camera tu. Dah malas fikir.

Aku takda la selalu sgt guna camera tu sbb mainly it was for video and sometimes ada la guna amek gmbr. Alhamdulillah dkt sana aku bawak laptop and aku mengamalkan konsep transer gmbr n video every day. So before camera tu hilang, all files dah saved.

Cuma terkilan sikit on the last day tu byk video aku record. Tapi takpa. Sentiasa ada hikmah. Mungkin Tuhan nak aku pergi travel lg next time dgn gadgets yg lebih padu dgn orang tersayang. Eh. Hahaha. Duit byk nanti aku beli drone terus.

Bila benda ni jadi aku sampai cuak nak fly abroad. Takut tercicir mcm2. Aku rasa setiap kali nak fly jauh sikit mesti aku buat hal. Tinggal IC lah, tercicir boarding pass lah. Bodoh apa entah aku ni. Memang aku perlu kan personal assistant. MashaALLAH!

Hahaha. Takpa. Semua tu pengajaran. Aku tahu ramai yg geram dgn Anisah ni, tapi aku terhibur dgn diri sendiri. Life ni tak boleh nak be hard too much on yrself. Tak kemana. Tapi tu lah, aku ni too easy on myself masalahnya, semua benda tak serious hahahaha. Hampeh.


Trip tu umpama satu rahmat. Tak sangka aku dpt travel dgn kawan ramai" mcm tu. Syukur pada Allah. Cantik dia susun plan. Kalau aku amek chemical eg dulu, mmg dalam lab lah aku berkampung.

Mana" pun, aturan Allah adalah yg terbaik. Cuma kena buka mata sendiri dan mata hati. Mata hati ni tak terbukak kalau kita tak cuba pujuk dia. Aku masih cuba bertahan menghabis kan course IB ni walaupun ini bkn main choice aku. Tapi jujur, aku bersyukur di letak kan di sini. Dunia yg berbeza dgn sains. At least aku tau la BREXIT tu natang apa. Hahahaha.

after check in bags

baru sampai beijing, 1am. muka baru bgn tidur semua ni haha.
walking in the forbidden city, penat tau sebenarnyaaaaa

tbh, byk nau bangunan, aku tk tau mana satu main castle dia haha

yg penting ni entrance

pokok kering yg cantik jd prop

masjid niujie, masjid tertua di beijing. serius air sejuk babs dkt sini. lg sejuk dr dkt cameron highlands tu wey. and angin dia fuhhhhhhhh mengigil aku.


garden inside forbidden city. cantik actually garden dia!

ok ni tepi jalan lepas dh keluar dr FC. cun jugak tepi jalan dia dgn pokok kering tu!



Next day, Great Wall!


cantik sangat the view. subhanaALLAH! and tak ramai org sgt2 masa aku pegi, so senyap sunyi and tenang je.


mendaki pun cantik. haishh anak siapa ni? HAHAHAHA k bye.

dah penat mendaki dan menurun, tudung pun dah kembang mcm makcik. aku dah tak peduli dh masa ni. nak sampai ke bas je. nak dudukkkkk!

di luar Snow World

salji tipu je geng, hampa


NEXT DAY, SUMMER PALACE!!
Tempat yg sangat lah cantikkkk! Boleh lah korang dtg bawak suami/isteri nanti lepastu berangan jd maharaja dan permaisuri haha sbb ni mmg tmpt dorang bersuka ria during summer.


cantik weh view dia. very tenang. and sejuk nak mampos time ni. dorang kata -3dc. aku mcm nak nangis. siap kena duduk bertenang dulu. hahaha.


berjaya utk tepis kesejukan!

silau. kena fhm mata dia ni tak boleh tampung semua tu.
next stop! Bird Nest Stadium!

tgn kanan aku cantik, so kena lah post hahahahaahha walaupun mata juling

tak boleh behave, sejuk masa ni sejukk hehehe

ok amek gmbr dgn sir kena behave sebab kalau tidak dia pggl aku Gemok -.-"

Aku tak igt apa nama masjid ni tp masjid ni proper sgt. toilet bersih. tp kelakar. ada toilet tu pintu dia half je. boleh nampak bahu kau dan ke atas hahahaha. awkward af. tp ada jugak lah toilet normal dan berpaip ok!

ini depan tea house. TH ni kedai wajib kerajaan. semua kedai wajib dorg membosankan so aku malas nk cite hehehe. 


malam tu ktorg pegi Wangfujing Street. Aku assume ni mcm dia punya bukit bintang lah. best jugak sini. aku rasa sikit lg nak mcm New York. HAHAHAHA OVER TAU!


NEXT DAY, MATRADE & EMBASSY.


rasa mcm pemimpin pelajar bila bergambar dgn pegawai diplomat ni, Encik Aziz. hehe. 



MATRADE ni senang cite dia handle all the business stuffs between malaysia-china, any trade transactions ke whatever they have the infos. dorang jugak assist our local companies yg nk venture market dkt china. gitu lah. hm dh nama pun bdk IB kan.

LAST DAY, HONGQIA MARKET.
Hari last ni ktorang bermula lambat sbb dah hari last kan haha, pastu mmg spend the whole day shopping je dkt Hongqia market. Kalau dtg beijing, pegi sini je lah nk shopping. Takyah pegi Silk Street, menangis kau nnti kena maki haha. SS tu culture dia kasar sikit kalau kau nak bargain. HM ni dia lenient sikit la, dia layan kau nak bargain. 


terus pack barang dan check out!

bosan sbb aku tak brp nak shopping sgt

kau tgk lah bdk2 ni shopping kemain bykkkkk siap kena beli luggage. Yana la tu! hahahaha.

before ke airport ktorg ke Qianmen Street tp sbb sejuk sgt aku tk byk gmbr dkt sana. so this is beijing airport dr luar.

basically mcm ni lah ktorg makan everyday. ini pun hari yg plg kurang sayur. kalau tidak semua benda sayur aku rasa mcm nak protesss. hahaha, aku makan sayur tp ah come onnnn, im on holiday, my tummy perlu holiday jugak hehe.


 Merasalah aku solat pakai winter coat di tengah airport. Rasa mcm musafir muslimah betul haha. Great experience. Walaupun hilang camera, surprisingly, aku tak terlalu koyak (sedih, sentap). Alhamdulillah ktorg landed safely. Semua sihat. Walaupun lepas balik tu mostly gatal2 kulit. Kulit aku gatal masa hari 2-4. Lepastu okay je. Tp mmg mcm tu lah winter. Kulit kering.


Bersyukur dapat rasa winter dgn kawan". 10 tahun lagi boleh lah aku bercerita dkt anak aku apa jadi ahhahahahaha mak engko ni hilang kan camera atuk. nasib atuk tak marah. engko jgn hilang camera aku pulak eh. hahahahaha. gila.

ok sudah.
semoga dapat travel lebih byk in future.
semoga Allah izinkan dan lindungi aku.
semoga doa" aku sebagai musafir di beijing termakbul.
and thank you Allah for granting me one of my best wish when i was in beijing ;')
aaminn.







Comments

Popular posts from this blog

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.