Allah Maha Mendengar.

بسم الله الرحمن الرحيم 

2010.


Pada sangat kita menangis sedih, basah pipi merayu kpd Allah perihal hidup yg tidak adil, orang-orang yg menyakiti kita, yakin lah Allah itu sedang memerhatikan kita sebenar-benarnya. Bayangkan lah Allah itu benar-benar berada di atas kepala kita, bersedia mencurahkan rahmat dlm bentuk ketenangan hati kpd kita sesudah kita tamat berdoa. Yakin lah wahai sahabat.

Kdg-kdg hati kita terlalu remuk dibuat oleh manusia lain, disakiti, dicerca, ditipu dan pelbagai ragam. Tapi ingat lah kita semua berada di bawah kuasaNya. Ingat lah di hati itu bahawa Allah sentiasa di atas dan juga di sisi kita.

Menangis lah ketika berdoa. Takpa, Allah sentiasa di atas kita, bersedia menghembuskan tenangnya hati sesudah berdoa. Tenangnya hati kita selepas menangis berdoa, itu semua dtg dari Allah. Apatah lagi apabila kita benar yakin Allah itu sedang khusyuk mendengar doa kita walaupun kita penuh dosa. Lagi tenang rasanya bila diri yg hina ini masih diterima Tuhan Maha Esa.

Aku faham perasaan sesak di dada mahu kan jawapan dan penyelesaian kpd masalah dan ujian dlm hidup. Kita semua pernah bermasalah. Mungkin kita juga pernah berkata takdir hidup kita tak adil. Lalu Allah turun kan hikmah dan secara perlahan kita sedar yg 'tak adil' itu adalah diri kita sendiri. Tidak adil utk kita mengadili takdir Allah Yg Maha Tahu sedangkan kita serba tak tahu.

Ingat pada saat doa kita dimakbulkan? Saat paling bahagia dlm hidup! Saat yg sukar utk digambarkan dgn perkataan. Saat bila mana kita tak rasa sendirian. Allah benar mendengar. Yakin lah dgn hati, wahai diri. Pahatkan dlm minda bahawa Allah itu bersedia memakbulkan doa kita.

Setiap tangisan hambaNya didengar dan tak pernah disia-siakan. Yakinlah dgn hati. Yakin lah ibarat kau takda lagi tempat bergantung selain Dia. Yakin lah ibarat mak bapak kau dah mati dan kau hilang tempat bergantung selain Dia. Yakinlah sepenuh-penuh-sangat-penuh hati ini. Yakin lah Allah akan repair takdir hidup kau satu demi satu selagi kau setia berdoa dan bercerita pada Dia.

Bukan kau je rabak dlm hidup ni. Kita semua pernah rabak. Aku faham perasaan tu...
----------------------------------------------------------
Terima kasih utk hari ini, ya Allah.. 
nobody can make me stop except You.

Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away