Theater Anticipation.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Fakta : tidak pernah walau sekali pun aku masuk pape benda psl berlakon woi! Redah je ni.

Haritu Nabila (housemate) bgthu ada audition utk teater. Aku pulak mula jatuh cinta dgn teater masa Adam beli kan tix Teater Namron. Secara spontan nya aku terus nak pegi audition berbekalkan zero pengalaman jd anak teater. Aku teringat watak Bintang yg dibawa oleh Sharifah Amani, so aku amek nama tu, olah sikit cerita. Maka, berlakon lah aku atas pentas sorg2.

Nervous tak payah ckp lah sbb dlm mini audi tu ada ramai org lain yg nk audition akan tgk sekali. Tp syukur pd Allah, aku lepas. Walaupun aku rasa aku ketandusan idea atas pentas tu. Nyanyi atas pentas berbeza perasaan nya. Ber-teater juga berbeda. Ewah!

Credit to Azfa, my housemate :)
3 emosi yg judges mintak kami lakonkan. Aku bwk emosi marah, lepastu aku stop takda idea, Bongok. Selamba badak je. Boleh plak aku minta judges bg watak. Dorg suruh bwk watak Bintang gila and Bintang jd tukang gunting rambut. Mampus aku... Tp aku buat je.

It was more like luahkan apa yg aku rasa dlm hati. Usually luahan tu aku buat dkt dlm blog je. Through words. Tp that day, aku discover yg aku blh luahkan emosi dlm teater, cuma ada la disiplin nya. Kena ikut script bagai.

Aku dpt watak Shah (seorang gadis tomboy), kwn kpd Kudin (bdk lelaki cacat). Not sure cemana nak berlakon jd tomboy hahaha. Aku taknak ended up jd kayu. Nak jd natural pun aku confused. Boleh ke? Mcm boleh sbb aku takda la perempuan sgt. Kang ter-tomboy lebih kang, geli plak aku tgk diri sendiri. 

Kecelaruan identiti jap.


"Bintang". Thanks kpd housemates aku yg awesome ni (from left : Hajar, Mei Shu, Azfa) sbb teman aku audition sampai habis. Thanks sbb bg support. Aku terharuuuuu beb! Esp gambar ni :')


Teater will on 4-5th November 2014. Ada masa lagi few weeks nak practice hafal line, balance kan dgn study. Ini lah dia hidup degree yg aku dah mula nmpk jalan ceritanya. Degree, satu jalan cerita yg mana kau wajib participate dgn aktiviti kolej/kampus. Kenapa? Sbb dr situ ada disiplinnya yg akan kerah diri kau keluar dr comfort zone dan (pd peringkat permulaan) buat kau berat hati/paksarela nak join.

Semua aktiviti yg pihak universiti buat adalah utk membina mahasiswa/wi jd lebih proaktif dan mencari potensi diri depsite persaingan yg menggila. Bersaing mmg penting, tapi mencari potensi diri terlebih dahulu lagi penting dr bersaing. 

Kalau kita tahu apa potensi kita, apa kita suka, kita akan happy buat benda tu. Bila happy, hasil usaha kita tu lebih molek pd akhirnya in sha Allah. Syg kan diri, syg kan potensi diri. 

Aku masuk teater ni pun, aku main redah je. Masa atas pentas tgh berlakon, all nervous tu hilang. Except bila aku dh mula takda idea hahaha. Kdg-kdg kita tk tahu kita boleh buat sesuatu tu sbb KITA TAK PERNAH CUBA. Atau, kita rasa kita tk prnh buat, so kita rasa forever smpai mampus tk kan pandai buat.

WOIII, reput la otak kita dan diri dgn mentaliti mcm ni!

---------------------------------------------------------------
Nama Aku Bintang.. :)

Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away