RAYA 2015 (no picture, just long essay).

بسم الله الرحمن الرحيم 

OBVIOUSLY POST NI PANJANG.

Apa cerita raya korang? Seronok? Fancy tak baju raya? Kasut mahal tak? Makan sedap? So far aku takda pulak terima berita buruk yg revolve around kenalan aku, so aku assume semuanya selamat waktu raya, alhamdulillah. To be honest kan, aku tak rasa mcm raya sebab puasa haritu aku rasa cm main-main sgt. Puasa setakat lapar je. Least penghayatan. So raya ni pun aku rasa mcm just another annual routine. Hehehe.

Tapi byk benda aku belajar weh. Serious. Meh lah aku share semua.

  • Aku visit Tok Ros haritu. Tulang yg sambung peha and core dia patah sbb dia jatuh, so darah clogged and jadi bisa. All those darah beku kena keluarkan through a hole dkt kaki. Idk how it works but Cik Long cite camtu ah. Cik Long yg buat on daily basis, membersihkan darah beku. She said mmg bisa Tok Ros kena tahan. Mmg jerit-jerit lah Tok Ros waktu keluarkan darah beku tu. Tapi Cik Long pekak kan telinga. Idk how to say this but you can imagine the situation to handle your own bed-ridden mother yang jerit kesakitan. Aku dgr cerita Cik Long tu aku rasa goosebumps. I just met the strongest person ever. Question is, will we do the same to our parents when they get old and sick? Will we be able to ditch our career and lavish life just to be with them? Still remain a question though..

  • Agama bukan diukur dgn jubah, tudung labuh dan hujah-hujah bernas semata-mata. Agama tu datang sekali dgn akhlak. Aku tak rasa 'agama' yg cuba disebarkan tu betul function kalau si penyebarnya tu mulut mcm neraka jahanam. Aku personally belajar lebih sayang kan Islam dan lebih faham kan asmaul husna daripada orang-orang yang appearancenya tak islamik langsung. Kau fikir lah sendiri.

  • Anak-anak org bukan hal kita utk menegur dan questioned bagaimana mereka dibesarkan. Soon kita tgk anak kawan kita perangai mcm setan, kita sibuk judge. Anak sendiri belum tentu betul. Elok lah aku didik diri supaya mulut jangan mcm haram judge orang. Hati jgn busuk sgt terlintas mcm-mcm. I better talk about ideas or else, I should keep mum.

  • Mak Idah cite dkt aku haritu member dia ada kenal sorang ustaz ni, dia kashaf. Kau tau kashaf? Kashaf adalah golongan special yg boleh nmpk benda yg orang biasa tak nampak. Kalau org kashaf diri dpn kau, probably dia boleh nmpk aib yg kau simpan. So Mak Idah cite masa ustaz ni pegi Mekah, dia dr tingkat atas dkt Mekah tu perhatikan org tawaf. Dia cuma nmpk 2-3 people je sedang tawaf yg sebenar-benar tawaf. Bayangkan yg tak nmpk tu? Tawaf ke mana? Mabrur ke haji? Lepastu Mak Idah kata 'itu lah hidup. connection kita dgn akhirat tu takda siapa tahu. amalan byk mana pun, takda sapa tahu ending kita mcm mana. diterima atau tak.'. I was stupefied. I was wondering, kalau aku pegi haji, aku sangka aku dah ready, Allah dah jemput aku wtv, tapi sebenarnya amalan tu tak sampai. Mungkin sbb attachment aku pada dunia terrrrrrlalu kuat. Guys, nak detach dari dunia ni susah. Cuba lah sehari. 

  • Masa otw balik Batu Pahat utk raya pertama, aku duk cite dkt Mak pasal lelaki handsome. Mak mmg tahu hobi aku usha lelaki handsome (hahahaha ko nak judge aku, dipersilakan). Lepastu Mak boleh kata "awak ni mak rasa orang yg betul confident je akan approach awak nanti". Hm snap! Aku tak boleh nak bayang sapa yang betul confident. Jammed teruk otak aku. Tp aku dah ckp dkt Mak awal-awal yg aku nak laki handsome hahahaha (haa judge lah lagi, sila kan). Lepastu Mak kata "ingat yg handsome sado tu function sgt ke? mengira pun lembap". Hm deep. Girls, apa cerita? Bila nak stop syok dkt lelaki based on rupa? (yes, this is subjective, kepala hotak ko tu jgn sempit sgt)

  • Bila aku tengok orang sekeliling masa raya ni, aku perhati kan married couple kebanyakannya. Lepastu aku tertanya2 mcm mana they can give up their personal dream and marry someone and ditch the dream to manage a marriage, kids and all. Power seh. Aku nak sustain relationship lebih dr setahun pun payah hahahaha. It takes a strong heart to love somebody.

  • Sebenarnya, kita semua boleh hidup tanpa social sites. So aku test la otak aku ni. Aku off kan wifi. Cuba utk hidup tanpa FB, IG, Twitter dan blog. Alhamdulillah bahagia hidup aku. Orang lain beraya main phone, aku beraya duk kacau aunties aku, sakat dorang. Borak dgn junior cousins sbb they asked abt degree life and tak habis2 panggil aku "kakak sepet" (kids are annoying). Tapi it was great. It makes me realize, someday aku jadi ibu, free time yg ada tu aku boleh guna tu make my children bloom. I should be able to put my phone aside (the worldly things, if possible). I have learnt that being free from social sites have made me feel liberated and not confined with the ideas I liked to post up on social sites. I was liberated, for sure.

  • I also learnt about tolerating and communicating with a partner. No, I dont a boyfriend for now. Do I want one? Yes I do, but not in this 2-4 years forward. Raya taught how to communicate with a partner sbb aku tengok aunties uncles and my parents talk to each other. Aku pointed out mana yg aku tak berkenan, mana yg aku rasa blh improvise dkt diri sendiri and maybe boleh apply nanti bila ada orang yg sesuai. Maybe. Teori dgn praktikal lain ye adik-adik. hahahaha.

  • Aku ni tak suka budak-budak bising tau. Bukan tak suka budak tp kalau dorang bising, aku mmg muka beruk la. Hahahaha tarik muka. So masa raya tu aku mmg belajar sabar sbb ada baby 4 bulan yg akan menangis setiap kali maghrib. Mmg aku rasa mcm nak duduk luar rumah je, tapi I was like "sabar nisa, tenang~". Aku tak tau bila aku nak suka bebudak bising2 ni.

Maybe tu je la kot yg aku belajar masa raya. Kalau nak deep sgt pun tak boleh, boleh buat buku kang. I hope next year ramadhan aku lebih penghayatan sikit. Tk tau sempat ke tak nak ramadhan tahun depan. Hope you guys had a great raya with your loved ones, wherever you are lah hehe. Allah tu sentiasa buat pilihan yg baik utk kita, berlapang dada lah :)


Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Syahirah said…
Mak kau said the same thing mcm mak aku! Dia kata "orang orang yg confident je berani nak approach org mcm kita ni. Tak ramai. Tapi kalau dtg, jgn rushing buat pilihan. Jgn main tangkap muat je."

And about your thoughts pasal married couple tu, aku pun selalu terfikir benda sama. In the end wonder boleh ke aku jadi mcmtu. Hahaha
Nesayang said…
kan, i just want to be normal sometimes. ahahaha
Anonymous said…
Nice blog nisa... Best baca..
Nesayang said…
hi fakhri! thanks for the time you spent :)

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away