Bertunang!

بسم الله الرحمن الرحيم 

Jengggjengggjenggg!! 

Harini Mak Ayah datang Melaka amek aku. Seronok betul dapat jumpa dorang. Ayah's first remark was "gemok". Hahahaha. Takpa, boleh kurus. Anyway, cuti dah mula. Seminggu beb! Lapang hati aku. Melihat drpd keadaan bilik yg di tinggalkan selama sebulan ni, banyak kerja aku on weekend. Adik lelaki semua "paling" membantu lah bab housekeeping ni kan. Paling sekali.

Nanti aku ada anak, semua aku sama rata kan. Semua kena masak, basuh baju, mop lantai, cuci toilet, tukar tayar. Semua rasa, semua sama pandai. Biar tak tebal muka aku bila nak jumpa besan nanti. Eh tetiba macam terlepas geram kejap.

Okay, bertunang.

Siapa yang bertunang ni? Hehehehe.

Cuba teka......

Tadaaaaaaaaa!!!


NOT ME 
HAHAHAHAHA.

True though. Mak bagitahu aku, yg Muti'ah my cousin nak bertunang harini. She's 22 too. Crazy eh this people. So brave. Aku masih mindfuck lagi dgn org yang kahwin umur bawah 25 ni. Tapi tu ah, kau nak bercinta lama-lama pun bukan elok sangat. Kurang manis lah aku rasa. Aku ni dah melalui zaman kurang manis tu, tp tk berapa lama. Mungkin aku dah kembali ke pangkal jalan. Hahahaha entah, lama tak bercinta dah. Dulu putus tgh jalan bang, nak buat cane kan. Redha.

Cuba kau bayangkan kau kau kau kau yg pathetic (org kata) single takda boyfriend ni (eh bertenang sikit, aku pun solo ni, pathetic lah sikit, sikit je hahahahaha), tetiba kena bertunang. Cuba bayang kau dah jumpa someone yg sudi share hidup dia dgn kau. Berat kan nak fikir???? Aku lagi rela hadap Madam Oyin reject report aku 78 kali drpd fikir yg tu hahahaha.

Berat doh relationship ni utk insan pathetic mcm aku. Pathetic ni menyedihkan ye anak2.

Mmg umur 21-25 ni issue besar adalah kerjaya dan pasangan. 5 tahun lagi, aku baca post ni, aku tampar diri sendiri laju-laju. Boleh bertenang tak??? Hhahahahaha.

Tapi tu lah, aku jd cam tak leh brain sbb mindset aku lain. Aku punya mindset, settle kan degree dulu, cari kerja jap, selesakan diri sambil secure a jodoh haaaaa gitu. Tp ada member kata masa nak tengah settle kan degree tu pun boleh secure a jodoh, tapi slowly, like very freaking slowly. Hahaha. Aku tak tahu nasihat member aku ni boleh pakai ke tak. Nanti tak jadi hape, aku jugak yg melayan koyak sengsorang.

Aku suka utk fikir bahawa jodoh tu rezeki jugak sebab si polan pernah kata jodoh tu ada masanya Allah hantar utk betul kan perangai kita yg mak bapak dan diri kita sendiri tak boleh ubah. Ha jodoh je boleh ubah. Bila kata rezeki, timing dia Allah je tahu.

Dah kalau tercepat tu, mcm cousin aku, jangan di halang. Mmg rezeki dia.

Ada orang yg sangat goal-oriented, tak suka fikir soal jodoh. Pada dia buang masa, mushy sangat, tak realistik.. Takpa lah, janji tak kacau hidup org lain. Jodoh, maut, rezeki semua dah ada timing sendiri.


Anyway, Im turning 22 this June 23rd. Aku mmg kena tampar diri sendiri sbb masih rasa macam umur aku ni tak boleh bertunang or nikah, semua org kena sambung belajar je. Hahaha. Aku rasa sbb I kinda had my early youth years dkt Shah Alam, culture dkt sini among these people bukan kahwin awal. Entah, orang bandar mmg tak suka kahwin awal kot. Dorang suka berkerjaya, berjaya dan kaya. Hahahahaha. Yg aku usha, kahwin awal ni byk dtg dr family yg religious. Entah, lain people, lain priority. Im just observing (read:judging)


Aku ni nak brain long-term relationship pun tak boleh, apatah lagi nak fikir tunang lah, nikah lah. Hahahaha. Nampak sangat kesabaran terlalu rendah. 

Bukan apa doh, aku banyak benda nak fikir dan enjoy. Ada lagi 2 semester je, lepastu habis degree. 2 semesters tu lah aku nak enjoy sebaik boleh. Berkawan dgn seramai orang yang boleh, visit as many places as I can. (mcm dah sepuluh kali aku tulis benda ni dlm blog). But ofcourse, to have someone special tu memang gives a calming feeling. But that can wait. 2 tahun maybe. 2 years more before I could make way for someone to permanently set his territory in my heart and life.

Fuhhhh. Kau nampak tak tu wahai future? Aku ni bakal kekasihmu yang puitis.
HAHAHAHAHA haram jadah. 

Anyway, good luck utk sesiapa yg sedang cucuk jarum utk mendapatkan someone, yg tgh usha someone, tgh texting someone, tgh plan nak kahwin, tgh bertunang, sikit hari lagi nak bernikah. Aku harap Allah permudahkan urusan kau dan jodoh kau. Aku tahu masa kau dah sampai. Mungkin kau boleh doakan utk masa aku pulak sampai pada saat yg sesuai? Gitu.

Berdoa memang sentiasa kena awal. 


Yang penting skrg ni, nak beli Spotify Premium ke 
CHAPTERS (Yuna's latest album) ke 
Sofina 3 ke 
Midori TN ke 
apa sekarang ni?

Fikir yang ini lagi berat utk aku. Maklum lah, dah nak birthday. Kena beli hadiah utk diri sendiri.

Ok ok gerak dulu.......

--------------------

Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

My previous love story.