Hari Pertama Bekerjaya.

Harini adalah hari pertama aku mula kerja sebagai Sales & Marketing Coordinator.

Basically kerja aku ni memastikan aktiviti sales dan marketing bergerak dan dlm keadaan lancar, tanpa delay. Aku memastikan customer sentiasa dpt update tentang purchase dorang. Well, I worked in a manufacturing company, specialize in xxx, private and confidential kononnya. lol.

Not a fancy company like Big Four or Petronas but the salary is acceptable lah. Quite a dodgy place tho hahaha. Terkejut jugak aku masa mula2 masuk dalam.

For now ulang alik Shah Alam-Sri Gombak everyday until September. What a new experience! Belajar berdikari.

Walaupun harini aku rasa mcm this freaking company is reckless, ada ke patut aku terkunci dlm office yg guna pintu yg pakai passcode tu...dorang boleh keluar meeting, tanpa teringat aku...wth...

Very tak prepare utk sambut new comer. Very bad HR.

But semua ni masih terlalu awal utk di muktamadkan. Probation 6 bulan. Kita tengok 6 bulan mcm mana. Dia bayar gaji on time, gaji cukup, aku tak dilayan mcm kuli, Im all good.

Gaji masuk 1 or 2 haribulan, please lah aku harap company ni tak sembang kencang je lebih.

Aku tahu aku patut bersyukur sebab dah dapat kerja, tapi itu bukan syarat utk membiarkan company take advantage pd diri. Ha!

Kita tengok 6 bulan probation mcm mana, lepas 6 bulan baru boleh tahu okay ke tak kerja situ. Setakat hari first, apa lah sangat. Semua belum nampak warna sebenar lagi. Belum cukup perit jerih lagi.

Bulan 9 ni aku stay dkt bilik sewa just 5 minutes driving to the workplace. Bakal rindu suasana rumah walaupun dkt rumah ni sunyi sepi je cuma dgr bunyi komputer and TV hahahaha. Tapi rumahku syurgaku.

Aku masih belum ada mood nak beramah mesra dgn semua orang. Plus hari first ni belum ada kerja yg melibatkan komunikasi dgn staff lain. Office aku pun dekat atas. Duduk dgn bosses gitu. Staff lain dkt lain bahagian. Tapi kalau kau tgk office aku, allahuakbar....unbelievable hahaha.

Again, bad HR. (ye kawan2, HR perlu memastikan working space employee selesa utk buat kerja)

Ah peduli kan semua tu, janji dia bg training, dia bayar gaji elok, dia respect space employee. Whatever it is, STILL TOO EARLY TO TELL.

Anyway aku kena sayang (a bit) kerja ni sbb ini adalah kerja pertama aku tanpa referal dr kenalan. Kerja yang aku guna talian hayat sendiri. Hahahaha. Selama ni aku kerja, mesti ada member sorang mmg dah dkt situ, so masih comfort zone.

This time, I know nobody. New phase indeed!

Semoga Allah merahmati keluarga aku dan rakan2 yg banyak bg sokongan pasal kerja ni. Semoga aku tak balik rumah dlm keadaan bad mood walaupun penat sgt. Semoga aku boleh had kan perkataan walaupun rasa nak membebel2.

Semoga Allah bawa aku ke jalan yg terbaik utk diri aku, fmly aku, agama aku dan semua org.

Nope, Im not really happy because this is not what I want. I want to be an English teacher, but God knows better. Segala peluang yg Dia beri, ambil dgn baik, galas selagi mampu. Syukur alhamdulillah.

Semoga mampu aku simpan duit setiap bulan hehehehe

Doakan aku!

(what the heck lama seh tak blogging)

Comments

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away