Singapore work diary 🇸🇬: episode 1
Kat Singapore ni aku kerja management trainee subway. Ye subway sandwich tu. Yg serve customer mcm kat Msia. Sama je. Tapi gaji lain lah. Takde lah besar gila² gaji tu, tp terlalu better than my last salary in Msia. Hence here I am in SG.
Aku tak opt utk duduk dlm SG sbb terlaluuuuu mahal. Bilik sewa takda yg below sgd500 (rm1600+). Yes, BILIK. Bukan rumah.
Aku tulis diary ni sbb aku mmg suka tulis benda mcm ni since aku sekolah rendah. Im a diary/journal type of person. It’s like a therapy for me to do once in awhile. Later dah tua boleh lah tgk balik dan rasa mcm apabenda la bongok aku ni 🤣
Week 1. 7-13nov 2022.
Isnin.
Azizi hantar aku gi kerja today. Yesza, smpi SG dia teman aku. Ktorg naik public for first day. Hari pertama keluar rmh pkl 5.45am siot. Awal gila kan? Tp mmg kena awal sbb tak tahu mcm mana crowd pagi dkt both SG and MY border pada hari isnin. Terkejut jugak aku line tggu bus dkt MY panjang gila but surprising tggu bus tak lama sgt pun. Less than 30mins la. Dapat smpi tmpt kerja just nice before 10am.
Crazy day ah isnin. Crowd dkt subway ramai gila. Aku mcm nak nangis hadap queue customer ramai nak mampos! Sampai luar kedai org beratur. Pastu ada customer cancel order, aku yg kena makan. Dh la tk minat sgt benda dia order tu. Tp sbb kita kan junior kena lah telan je. Bertakung air mata guwe sbb rasa mcm i dont belong here, takda kawan, tak dpt catch up kerja as fast as they do. Setiap saat rasa nak resign!!!! Erghhhhhhhh!
Mencari tempat solat dan akhir jumpa weh! Bawah tangga. Ada org tinggal kan sejadah. MashaAllah happy gila akuuu!
Habis kerja 8.45pm, azizi amek aku naik motor hehehe! Dpt la aku merasa jem yg orang selalu sebut dkt checkpoints tu. 11.30pm kita sampai rumah. Mmg barai tak terkata. Kerja 10jam pastu hadap crowded dkt checkpoint 4jam (pergi & balik). Crazy what msians go thru everyday for better salary and living 🥺
Before tidur tu aku nangis tersedu² kt azizi. Sbb penat sgt. Aku nak resign (as always hahahaha). Puas azizi pujuk. Hati aku rasa tak kuat gila nak teruskan after this first day of work. Tp sayang sgt² nak lepaskan gaji.
Aku pujuk hati and i went to sleep hoping tomorrow is okay.
Selasa.
Azizi decide utk hntr aku ke SG pagi ni naik motor. So merempit la kita dr Tiram ke SG. Door to door dalam 2 jam jugak. Dh mcm Shah Alam - Melaka beb 🤣
Aku cuba sabar dgn kerja yg penat. Aku rasa kerja lg penat dr hadap jem. Tp aku tk prnh rasa lg grk sorang. Azizi bwk motor aku rilek je kt blkg haha! Maybe bila grk sendiri nnti baru rasa full barai mcm mana.
Naik motor ni laju sikit la dr public transport tp kalau bkn rezeki, lg slow la.
Work is okay² je. Still barai.
Rabu.
Azizi hntr aku lg naik motor today. MashaAllah 🥹
Kesian kt azizi. Dia mula kerja lambat lg, patut rehat la cukup² tp kena hntr-amek aku hari². Tp biar lah, aku rasa ni kenangan manis utk ktorg berdua. Penat sgt tp sweet. Azizi mmg voluntarily nak amek-hntr gi kerja, aku okay je.
Harini mmg ajaib!! Azizi amek aku balik kerja at 9pm+ gitu. Pastu sejam je ktorg dh smpi rmh at 10.15pm. Fuhhh mashaAllah rezeki! Rare gila siot dpt commute in an hour je 🥹 padahal tiram to my subway tu agak jauh la considering kena cross border kan. Dpt la balik awal, chill tgk netflix jap, 12am++ baru tidur.
Kerja sgt penat. Mostly berdiri. Aku pun tk tau la aku boleh tahan ke kt subway ni. Super duper fast pace. Of all the jobs i had, ini la yg paling fast pace. Ppl in SG really love subway eh 😑 ramai gila org hari². Subway aku ni dlm university, jadi lg mcm gila ramai students kt sini. Erghhh! Tp great experience la jumpa different nationalities every damn day. Yg poyo, yg kekwat, yg superrrr nice ramai.
Btw harini ada customer cancel order besar. Dlm 5-8 sandwich tk silap. Aku dpt bwk balik 3 sandwich! So boleh lah jd dinner ktorg 🤣 nak jimat beb, belum gaji!
Dah hari ketiga kerja, aku tk sabar nk cuti sabtu ni!!
Khamis.
If smlm Allah permudahkan jalan nak balik kerja, pagi ni Allah uji kesabaran sikit dan aku lambat 40min 🤣
Naik motor dgn azizi pastu dkt woodlands kena masuk kandang. Kandang ni queue line yg paling barai dan slow. Siap kena mati kan enjin motor tau sbb slow sgt queue tu. Ada la sejam lebih ktorg queue atas motor sekali dgn beribu lg rakyat malaysia yg lain wakakaka 🤣
Aku smpi sakit bontot duduk atas motor tu, siap turun motor and stretching hahaha!
Alhamdulillah boss faham. Dia langsung tk marah. Pastu boleh pulak harini la auditor nak dtg audit subway. Aduhhhhhh. Auditor pun poyo, bebel byk kt ktorg tp dia sendiri tk betul. Kau pakai glove pastu pgg barang², makanan and surfaces dlm subway ktorg pastu kau pgg phone kau. Igt aku tk nmpk ke? 🤣 Yg penting store ktorg lulus audit kali ni.
Aku rasa aku belajar la few benda since isnin. Ada benda yg dh mahir sikit tp kena tambah speed. Annoying jugak eh asyik kena tegur sbb aku slow. Ya ampun kita dah la tk prnh masuk F&B industry. Chill sudahhhhh!
Balik rumah celup kaki dgn ais sbb kaki aku dh rabak sgt sakit. Azizi jugak yg buatkan ais tu 🥹 dia jd househusband kejap sementara tggu mula kerja hahaha!
Aku tk boleh imagine mcm mana bila azizi dah kerja. Mesti sunyi rumah sbb we both busy working long hours kt SG. Maybe timing kerja pun tk sama. Maybe tk dpt jumpa azizi sekerap skrg ðŸ˜
Jumaat.
Finallyyyyy! Last day before cuti hari sabtu.
Ktorg decide utk naik kereta n public transport today. So kena grk awal. Awal ke? Haha! Pkl 7am jugak kita keluar rmh. And sempat smpi before 10am. Azizi ada medical checkup harini kt SG. So sementara aku kerja, dia pegi settle hal kerja dia. After that dia dtg subway amek aku and we go back to Msia.
Harini crowd dkt subway agak relax ah sbb jumaat kan. Students ramai tkda. Dpt la duduk kejap² alhamdulillah. Habis kerja kena hntr baki stock ke store lain. Jalan kaki pulak tu ke sana tp masih dlm university yg sama. Terpesona kejap aku sbb university ni ada mall eh dlm dia. Bapak best! Super fancy! Kau rasa lim kok wing ke taylors fancy? Nopeeeeee! Meh dtg SG! University dorg lagiiii fancy.
Anyway harini first time lah aku rasa mcm mana kehidupan aku yg akan dtg bila kena gerak sendiri (drive from tiram, park kt area ciq (tmpt cross border yg kena cop passpot tu), naik bus then train to work). Tbh, sgt letih especially waktu balik. Not sure if i can endure all these. Ada org ckp bila dpt gaji nanti sure semangat membara semula 🤣
Btw harini steps aku 20,000++ ye!!! Hahahaha crazyyydjdjshdksdhjsdhj 😑
Sabtu.
Today cutiiiiii!!! Wehooooooo!! Aku bgn pkl 10am 🥹💖
Puas dah bangun pagi pegi kerja. So aku bantai tidur harini. Aku bgn azizi tgh kemas rumah. Ktorg mmg tk sempat nak manage rumah ni since pindah. Masih lg dlm keadaan mcm baru smlm pindah. Huru hara! 🤣
Whatever lah, kita settle sikit² .
Aku bgn hari terus 💩 pastu timbang berat. Saje nk tgk ap jd dgn berat aku setelah bekerja mcm gila kt SG.
Turun 2kg weyyyy hahahaha! Seminggu 2kg, nampak sgt lah aku mmg hilang air hilang lemak dan otot agaknya 😆
Ahad.
Ahad ni aku mula kerja kt store baru; lakeside MRT. Entah lah apa nasib aku kt sana. Harap² tk teruk sgt.
Comments