بسم الله الرحمن الرحيم Peace be upon Prophet Muhammad, his companions and family.
This is a scheduled post.
Me Fact : Aku tubby.-------------------------------------
In few months, aku akan jadi 18 tahun. Mungkin sempat reach 23 Jun, mungkin tak. Yang pasti, aku kena jalani hari2 selepas ni mcm biasa. Mungkin lebih bijak, matang, consistent, persevere dan dgn takwa.
Tak akan mungkin aku mampu ke tahap ni tanpa Dia.
Umur tak pernah menghalang seorang hamba mencari Tuhannya. Tuhan juga, tidak pernah berganjak dari sisi hamba2nya. Tidak, walau sesaat. Dicari, diusahakan pasti jumpa, eventually. Wasilah hidup aku baru mula. Aku perlu berpaut pada Dia. Kuat dan erat. Firm and clear.
Sebagai khalifah di dunia fana ini, aku cuma mampu cuba dan cuba lagi. Cuba mencari ilmu. Cuba pujuk diri supaya rajin dan murah hati. Cuba menjauhkan diri dari anasir buruk. Cuba menjaga iman di dada.
Sekarang aku pun tak pasti apa yang disusun Dia utk aku. Jika buruk dan pedih, semoga aku bersedia. Jika baik dan molek, semoga aku ingat utk bersyukur.
Wahai diri, terimalah setiap takdir yg tertulis utk kau. Terimalah setiap perpisahan dan kegagalan, serta kehilangan dgn redha. Allah tahu rasa sakit itu. Wahai diri, buka mata kau. Lihat sekeliling. Berapa ramai yg tak diberi peluang kesenangan, kemewahan, kegembiraan, kesihatan seperti kau? Bersyukurlah.
Wahai diri, kau tak mungkin sempurna. Tapi mencari kesempurnaan adalah tugas kau. Berusahalah. Jangan malas lagi. Jangan tangisi takdir ini. Wahai diri, mungkin nasib kau tak sebaik mereka. Bersabarlah. Wahai diri, kawal amarah kau. Amarah itu permainan syaitan. Ingatlah, seminit kemarahan itu, maka terlepas seminit rasa gembira. Hidup terlalu singkat utk kau simpan dendam dan membenci. Sayangilah.
Wahai diri, jika diri ini diperlukan mereka. Berusahalah berada di sisi mereka. Hidup ini harus saling sokong-menyokong.
"...And cooperate in righteousness and piety, but do not cooperate in sin and aggression. And fear Allah ; indeed, Allah is severe in penalty."
[Al-Ma'idah:2]
Wahai diri, Mak dan Ayah hanya mahu yg terbaik utk kau. Janganlah kecewa sgt. Bersabarlah.Wahai diri, masa depan yang cerah menunggu. Teruskanlah sabar dan tekun berusaha.
Wahai diri, ingatlah Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui, jitukan niat, lapangkan dada, senyumlah. Pasti ada jalan keluar. Kembalilah padaNya, jangan kau lalai dgn permainan duniawi.
Wahai diri, kau mampu. Seorang perempuan yg diberi kudrat yg sempurna. Jangan kufur nikmat. Berkongsilah. Allah suka. Wahai diri, jagalah auratmu. Aku tahu ia tak mudah, tapi kau kena cuba. Jangan mengada bagi banyak alasan.
Wahai diri, pemilik tulang rusuk ini pasti datang. Pasti datang mengisi kekosongan, melengkapi kekurangan.. Masa itu akan datang. Air mata itu, harungilah ia sendiri sekarang. Pemilik tulang rusuk ini juga sedang bertarung dgn hidupnya sendiri. Dengan izin Allah, kau pasti jumpa dia suatu hari nanti. Bersiap siagalah, wahai diri.
Kehidupan sebenar akan bermula.Semoga Allah bersama kita semua.Allahumma Amin.
Comments
"Wahai diri, pemilik tulang rusuk ini pasti datang. Pasti datang mengisi kekosongan, melengkapi kekurangan.. Masa itu akan datang. Air mata itu, harungilah ia sendiri sekarang. Pemilik tulang rusuk ini juga sedang bertarung dgn hidupnya sendiri. Dengan izin Allah, kau pasti jumpa dia suatu hari nanti. Bersiap siagalah, wahai diri."
Rasa macam nak nangis :'|
nak nangis kan? aku baca balik pun rasa sebak, padahl diri sendiri tulis -____-"
HAHAHA you see, I recovered from that pasrah phase, I swear those days were tough. Life moves forward and I shall appreciate more everyday! :) WILL ALWAYS LOVE YOU, KAKAK!!! <3