Hariku Bersamamu

بسم الله الرحمن الرحيم 
Peace be upon Prophet Muhammad, his companions and family :)
----------------------------------------------------------


Kadang-kadang perubahan tu perit, pada aku. Bila kau dah familiar dgn that place, mesti takdir heret kau pergi tempat lain pulak. Drpd aku masih toddler, aku baru sedar aku selalu pindah. Pindah rumah, pindah sekolah. Orang lain ada 1 sekolah, aku ada 2. Sepatutnya aku dah lali dah tukar2 environments ni, tapi makin tua makin mengada. Dulu masa sekolah rendah, aku mana peduli pisah dgn kawan lama. Lagi aku excited, hehe.. 


Tapi mungkin semakin besar aku semakin pandai lihat dunia sekeliling dan pandai sayang dan jaga hati orang lain. Sebab sayang, rasa berat hati nak lepaskan. Tapi takdir nak memanggil, so aku terpaksa jugak pergi (pindah actually. ayat kena emosi sikit sbb aku nak beremosi.) 


Jadi manusia yg too-attached ni payah. Aku la tu. Aku rasa mcm that is the utter stupidity I owned. Padahal org lain muka relax je nk pisah, aku yg touching lebih. Bagus la ada org mcm aku, errr ye ke? Whatever. 
Harini aku pergi lepak dgn few girls. 4 org termasuk aku. Takda lah meriah mana, tapi seronok dpt update masing2. Cerita aku tak gempak, aku byk merungut je matriks yadayada.. Tp seronok dgr cerita hidup dorang dkt universiti. Ye la kan, matrikulasi ni konsepnya lebih kurang mcm asrama penuh cuma ada unsur universiti je dkt certain parts.

 
2 hari je lagi tinggal, lepastu mula la semester 2.
Menghadap balik la muka2 yg aku cuba familiarize tu.
Dah 5 bulan dah, nesa..
you should move on..

I should be redha actually. 


Aku rasa gembira that some of my friends have found their 'suitable' new friends. Well, if you know what I mean.. Aku masih mencari. Dan, still tak jumpa. Sedih? Tak, sbb aku ada seorang teman yg setia tu. Yg selalu teman aku since hari pertama aku dkt KMS. Dia lah best friend aku. Friendship kitaorang makin kukuh sbb aku masuk KMS. (nangis...)


Sebak seh.


Kwn sekolah aku mostly dah jumpa kwn baru yg ngam dgn dorang. Well, me? I haven't found one. Kehidupan dkt KMS ni mcm transition phase utk aku. It was kinda like a mental shock for me. Jadi, tipu la kalau aku kata jalan yg aku lalui ni indah jika dilalui sendirian. Tapi to have bad company? I'd rather be alone than to be influenced and be nothing at the end. Mungkin aku bukan kawan yg baik di mata Allah.


Biarlah kalau aku belum jumpa kawan yg solehah dkt KMS,
asal kan aku cuba sedaya upaya utk berbaik-baik dgn setiap insan yg aku kenal dkt KMS.
Bertemu dan (suatu masa nanti...) berpisah kerana Allah.
Mungkin hati aku akan lebih tenang dalam menjadi kawan yg baik drpd mencari kawan yg baik.


Semoga setiap mereka yg pernah bergelar kawan, rakan, teman ataupun sahabat utk aku, dilindungi Allah. I don't deserve to keep them as they are not mine. Semoga jalinan ukhwah ni bersambung dkt Jannah kalau tak dkt dunia ni. Walau ke mana pun Allah bawak dorang pergi, aku harap nama aku, kenangan manis disimpan dlm hati. Dorang semua mungkin tak baca ni lah kot aku rasa, tapi nanti bila aku mati en, boleh tak someone tolong bagi dorang baca? 


Semoga kita jumpa lagi.
Tak dekat sini, mungkin dekat sana..
Semoga Allah lebih melindungi dan mengasihi dorang drpd aku.
Amin..


Sayang dan ikhlas,
Nisa.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.