Serabut.

بسم الله الرحمن الرحيم 
Peace be upon Prophet Muhammad, his companions and family :)
----------------------------------------
Sejujurnya, aku rasa semester ni aku tak consistent. Hahahaha. Ikut mood rajin, aku rajin. Mood biasa, aku biasa je. Mood malas, mmg aku bantai buat benda lain. Byk faktor sebenarnya. Bosan dgn rutin sama etc. Alasan sungguh. Aku tgh study week skrg and aku rasa mcm aku tak study apa walaupun aku study. Aku rasa mcm aku buat latihan etc, mcm tak melekat. IDK why. This is intimidating. Aku dh buat jadual belajar, tapi aku rasa mcm jadual ni tk membantu. Aku tak tahu dah nk buat apa lagi ni. Aku tk pasti nak kena study mcm mana. 


Risau jugak kalau dlm dewan nanti aku telan air liur garu kepala je masa nk jwb. Tapi berdasarkan pengalaman study week aku yg dh berapa hari berjalan ni, pointer mcm makin drop je. Gila.


Serious doh, apa aku nak buat ni? Nak study mana satu dulu? Aku tak tahu kenapa aku mcm tk tahu nk buat apa ni. Harini aku study drpd pukul 11am till 4(nk dkt 5)pm. Rehat setiap 45 minit dan pukul 1 hingga 2pm. Kiranya aku study 45 minit lepastu rehat 15 minit. Tapi percayalah aku 'tk nmpk' dlm otak aku ni, apabenda yg aku dh study 5 jam tu. Hati aku asyik risau je. Sbb aku 'tk nmpk'.


Ini banyak sgt dosa agaknya sbb tu la kabur je rasa :(


Aku tak tahu nk buat apa doh ni. Boleh dikonklusikan jugak bahawa otak aku ni mcm nk menamatkan riwayat sem 2 je. Bukan aku lebih fokus pada cuti (itu pun satu masalah jugak), tapi sbb aku 'tk nmpk' dlm otak apabenda yg aku dh study. 

Wey risau, tahu?


Kdg tu rasa mcm, hm tkpe lah apa nk jd pun dgn result.. SIGH. Mana boleh gitu. Itu dh give up namanya. Nnti kang menyesal, pastu stress. 4 chapters for chemistry, 8 chapters for physics, 5 chapters for maths, 1 chapter for sc comp. Total = 18 chapters that I need to revise, recall, memorise, do a bit of exercises. Aku tak study last minute pun sebenarnya. Cuma kerja nk revise balik tu, banyak woooo! 

Ntah la, nak nangis pun ada. Nangis pun masalah tak selesai.
Masa yang ada ni, aku cuba lah guna dgn bijak. Asal kan aku tak stress sgt sampai pening kepala demam segala. Asalkan aku masuk dewan dgn keadaan yg sihat dan tenang. Ada masa lagi, aku kena bertenang. Risau dan takut tu, kena control sikit. Halau dia. kejap je lagi. Few days left and Im free :)

Yeah.. for a month. Blerghhh!

Siti Nur Anisah, sila bertahan, untuk masa hadapan. Baik buruk setiap takdir, terima. Seadanya. Tenang, kau seorang perempuan yg nak membesar tgk dunia. Tolong bertenang. Kau nak nangis, sorang2 je, toksah bikin susah org lain. Smile, girl.. smile :)
-------------------------------------
-Nesayang.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.