Love is when...

Love is when...

-Aku mampu ucap alhamdulillah pada saat susah. That ability, Dia bagi.

-Mak masak kan something and bekal kan utk aku bwk balik KMS. That is eternal love.

-Ayah tak kesah belanja utk aku walaupun permintaan aku tu umpama investment yg belum nyata lg hasilnya di dunia ni. Dkt akhirat aku harap ada bahagian drpd Dia utk ayah n mak.

-Adam menguap tapi masih gagah nak cakap dgn tuan puteri dia ni.

-Aku bwk kereta mcm org gila tp adik2 muka cool je dkt blkg.

-Cikgu2 lama reply msgs aku.

Sebenarnya terlalu byk cinta dlm hidup aku. Mungkin setiap hari aku patut kira cinta yg ada. Mungkin cinta pada Dia masih lagi mcm tiang yg reput, tapi aku harap niat aku utk tukar tiang tu jadi kenyataan satu masa nanti. Aku tk tahu bila tapi sekarang adalah masa utk realize berapa byk cinta yg aku ada. 

Cinta adalah bila kita melihat sesuatu tanpa prejudis. Cinta adalah apabila sesorang berdoa dlm senyap utk mu. Cinta adalah apabila seseorang kisah pada setiap perilaku mu. 


Hari demi hari, aku patut cari cinta. Utk diri sendiri. 


Pernah kita nangis sendirian, lalu kita fikir dunia ini tidak adil. Tuhan itu tidak mendengar dan manusia semuanya bodoh. Saat itu kita perlu cinta. Hitung cinta Dia pada kita. Nafas kita, orang2 sekeliling kita. Itu semua perlu dikira dan direnung setiap hari. Perlu di-survey. 


Cinta beri bahagia. Tapi ada cinta yg beri derita. Mungkin itu cinta yg diberi pada org atau tempat yg salah. Tempatkan cinta pada sesuatu/seseorang yg layak. 


Terima kasih Allah utk segala cinta. Segala cinta yg pernah Engkau sebarkan utk diri ini. Setiap hamba2 mu yg memberi cinta dan bahagia pada aku. 


Sebahagian mereka ada yg sedang membaca penulisan ini. Sampaikan cinta kami kpd Baginda Rasulullah SAW. Semoga kami hidup dgn cintaMu.

Amin.


Nesayang.
2357.
KMS 2013.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.