Diari Solat Subuh Berjemaah (SSB)

Diari Subuh.
Minggu 14, Semester 3.
KMS.


Isnin (September 23, 2014)
5.51am. Tersentak aku dari tidur, dalam beberapa saat, tergerak hati (dan otak yg masih loading) utk bersiap ke surau. Aku berharap ini adalah calling from Allah yg diturunkan dlm bentuk gerak hati. Mungkin Allah rindu aku. Jadi aku terus bangkit, menuju ke surau. 

MashaAllah, byknya selipar. Bagus adik-adik junior sem ni. Tiba-tiba aku rasa mungkin adik-adik ini adalah batch yg mentally kuat. Bukan senang nak ke surau utk solat jemaah, especially subuh.  

Jemaah lelaki masih boleh dihitung guna jari. Itu first impression. Iqomat berkumandang dan solat didirikan. MashaAllah, aku jenguk ke bahagian bawah, penuh saf lelaki yang pertama! Malah ada saf kedua! 

Allahurabbi, jadikan mereka itu pemimpin kuat. 

Aku terbaca artikel dkt FB psl solat subuh jemaah mlm tadi. Diceritakan solat subuh berjemaah (SSB) boleh menjadikan seorang muslim itu kuat dan penulis kata, semasa beliau di oversea, beliau kagum dgn sahabat-sahabat yg istiqomah SSB. Ended up, mereka lah insan cemerlang yg berjaya dlm bidang masing-masing. Menarik, kata hati aku. Mungkin ini panggilan Ilahi.

P/S : pasang niat sebelum tidur nak pegi SSB. Mana la tahu Allah sudi nak hantar malaikat kejutkan hang :) 


Selasa.
Aku rasa tak yakin aku boleh bgn pagi. Tapi alarm tetap aku set kan. Siapa tahu ada rezeki aku nak SSB. Azan di Banting 0549. Aku terjaga 0551. Kabut aku bangun capai telekung dan bergerak ke surau. Allah, ngantuk sgt dah ni. Rasa nk tidur atas jalan. Angin bukan main menderu lagi. Mcm tepi pantai tapi versi cozy. Ah, nikmat dunia. Usai sampai di surau, bilangan selipar tidak sebanyak semalam. Mereka penat barangkali. Allahurabbi, terima kasih utk peluang hari kedua ini. 

Aku ambil wudu' lepastu junior hoki aku pun ada sama rupanya. Tohirah namanya. Tersenyun manis kami berdua dgn muka yg mamai nak tidur. Jemaah lelaki masih sedikit. Stereotype aku, lelaki ni relax je, depa takda nak rushing, tau-tau je dah penuh saf. Bagus. 


Sedang kami solat, hujan turun mencurah-curah. Aku dpt bayangkan angin kuat dkt luar. Ah, cemana nak balik bilik.. Tp mujur, hujan reda sikit. MashaAllah, seronoknya perasaan ni. Angin bertiup, hujan turun, baru balik SSB dgn jemaah lain. Kalau berlari masa hujan, lagi kita basah kuyup, jd aku berjalan sempoi berpayungkan telekung. Menggigil jugak aaa. 


Tapi nikmat sbb aku suka sejuk. 
Syukur alhamdulillah.

Rabu.
Mengantuknya. Harini aku terjaga awal 1 jam 2 minit dari alarm 0549. Aku risau terlajak kalau tidur balik tp syukur aku dgr alarm 0549. Mcm biasa, terus grab telekung, menuju ke surau dgn muka yg mamai. Jemaah lebih kurang mcm semalam. Aku berharap SSB ni mampu recharge diri aku sebelum aku mula kan hari aku. Pernah aku baca artikel di internet, SSB dan Isha' bantu kita recharger diri sbb charge diri kita dgn charge org sebelah dineutralizekan masa bahu sentuh bahu dlm saf tu. Imam baca doa sedap harini, ada bahasa melayu, so aku fhm gak la apa kami doa. Pastu ada junior lepas bg salam, baring dan tidur, siap berdengkur beb! Good thing was, dia SSB :) hm aku still mamai lagi ni, tidoq sat!


Khamis.
Smlm pening bfre tidur, so aku tk teringat psl SSB. Alhamdulillah terjaga jugak dgr alarm. Hambar aku rasa harini. Idk why. Mungkin sbb saf yg tk rapat. Idk. Jemaah pun makin sikit, semua makin penat kot. Tapi, syukur aku masih ada peluang ni.


Jumaat.
ABC :)
(Allah Bagi Cuti)

laluan ke surau, yg berada di sebelah kiri gambar.

------------------------------------------------------

Itu cerita aku mengeksperimenkan diri bangun pagi dan ke surau. Dah 3 semester, aku dapat bilik yg dkt dgn surau, tak salah (malah bagus) kalau aku bersangka baik pada Allah. Mungkin Dia mmg nak aku selalu pegi surau solat jemaah. Dulu masa semester 2, kadang2 aku pergi, pastu ttba lama tak pergi. Aku ada gerak hati yag aku sepatutnya ringankan kaki ke surau sebelum terlambat, tapi still pemalas, banyak alasan. Nak dijadikan cerita, ada satu pagi tu, asrama takda air, gerak hati aku kata baik gi mandi dkt surau. Just nice, mmg tepat masa aku siap, aku boleh naik atas and solat subuh.

Sampai mcm tu sekali Allah tarik nikmat air sehingga aku ke surau dan akhrnya terlaksana SSB yg selama ni cuma berhamparkan gerak hati.

Pengalaman yang aku tak kan lupa dkt KMS.

SUBHANAALLAH. Payah nak istiqomah SSB dan amalan lain, tapi aku rasa semua tu mind settings. It's okay, benda yang susah boleh jadi senang kalau kita 'jinakkan' dia. Make it adaptable to ourselves. Small steps are better than not a single step taken.

My utter salutation goes to people who are able to educate their heart with this kind of deed.
It's the heart that needed education, not mere brain.

Semoga yang tersayang dan rakan-rakan dikurniakan gerak hati dan hidayah utk ke rumah Allah setiap hari. Semoga dgn langkah kaki kita yang kecil dan sedikit itu lah yang membawa kita kepada rahmat dan redhaNya.

Buat Jodoh,
semoga dirimu di sana, diberi kekuatan utk bangkit SSB :)

-------------------------------------------------

ASSALAMMUALAIKUM!

Comments

aivimivi said…
I feel you babeeeeeeeeeee *winkwink* My prayer so that both of us istiqamah :)

Popular posts from this blog

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Perjalanan di Beijing.