Listen. It helps.



Mungkin tak semua yg terdekat dgn aku, mahupun random readers akan baca post aku yang panjang berjela, tapi kalau ada sorang hamba Allah boleh baca and relate dgn apa aku tulis, faham dan amek pengajaran yg sama, aku bersyukur. 

Sungguh.

--------------------------
Dengan namaMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.


Minggu ni, aku dirudum masalah orang sekeliling yang secara tak langsung, melibatkan aku. Aku sedar aku dah 19, jujurnya aku taknak membesar. At this age, aku realize yang dunia ni kejam dan aku lebih rela dipilih utk dijemput Ilahi dahulu daripada menghadap kegilaan dunia yang ntah level berapa dia punya gila. Jujur. Menghadap Ilahi dalam keadaan Allah redha pada segala perlakuan aku. Dunia ni terlalu byk muslihat. 


Ceritanya, waktu aku takda dkt asrama, the girls did a meeting with the guilty person named Cantik (bukan nama sebenar). This issue has been dragged for so long that they managed to get Cantik sat down with them and they told me they had something normal people called "discussion". Aku tanya dorang apa dorang discuss kencang. Fortunately, dorang bgthu semua. The way they 'discuss'. You can tell what 'discuss' here means when I put the apostrophe. It was not a discussion. It's more like a you sit in the middle and let us bash and bash and bash you till you cry kinda discussion. You dont talk, we alone shall talk. That was what happened. I knew these girls, they were angry. Cantik owed them some bucks and they told me Cantik was hiding something and tried to manipulate a story about her family as in to gain sympathy. I nearly bought that. They made me feel like Cantik is wrong, Cantik is lying. All those suspicious things they told me were the contributing factor to my misconception. 

-------------------

Life. Ini lah yang akan terjadi dalam hidup. People lie to you, abuse you, mentally bullying you. Sometimes without you knowing it. Aku bersyukur sbb the girls tggu aku ada utk slow talk dgn Cantik. Aku anggap tu sbb amanah. Dorang percaya aku je yg boleh slow talk and minta Cantik ckp jujur. Fact is, nobody can if she refuses to. But dalam hidup, we can always try to be a good listener. Bila kita beri peluang utk diri kita mendengar, secara tak langsung kita memberi ruang pada diri utk perbetulkan kesilapan yg kita buat masa kita tidak mendengar. Sbb only by listening will you be able to realize the mistakes you did. Ofcourse, it only happened when we reflect ourselves to what we listen to. Talking too much is not good tho. Pendengar yg baik adalah mereka yg listen without judging or interupting. 


How about kita combine seorang sahabat dan pendengar yg baik? Hasilnya? Friendship yg murni dan ikhlas. Listening is the first sign that you are actually tolerating to the other person. When you decide to listen to what he/she has to say, you're giving a wider space for discussion to actually occur. Hence, problems solving becomes easier. 


Aku dah dgr dari pihak the girls. Segala syak wasangka dkt Cantik. Aku almost jebak dlm pemikiran yg sama. Tapi aku igt kan diri sbnrnya lagi better aku dgr daripada dua2 belah pihak. Aku suarakan pendapat aku biar aku sorang je pegi talk dgn Cantik, yg lain duk diam2 jgn sibuk. Tp some of them nk jugak ckp ramai2. Mungkin dorang rasa puas bash Cantik. Mak kata talk as to show that we care about Cantik, we want to help because that is what friends are for. So I did. I talked personally with Cantik. 


Aku nervous. Sbb jenis aku, aku tk tahu nk start, tapi aku tahu nak sustain something. Mcm dgn Adam, aku tak tahu cemana nak lembut hati terima dia, tapi aku tahu cemana nak menang hati Adam selamanya. Lol iklan sgt. Excuse me. (Hi baby! :p)


Jadi aku duduk di satu corner yg sunyi dgn Cantik. Aku beri Cantik peluang bercerita, luahkan segalanya. Tapi aku tahu dia sorok sesuatu. Aku nak bongkar satu konspirasi dalaman yg menjadi prasangka the girls dan aku tknk join jd kaki serkap jarang. On behalf of the girls, aku buat Cantik bercerita. Susah Y.Y

Rupa-rupanya, Cantik ada masalah keluarga yg dia tak pernah cerita dkt sesapa. Takda sapa pernah tanya walaupun dia dah bagi hints. Dia rasa tersisih sgt. Tersisih sbb issue hutang. The girls termasuk aku ni kdg2 cam tak layan dia. Aku termakan gossip the girls. The girls pun tgh marah, mana fikir betul. Semua pun salah. Aku salah sbb termakan gossip, terumpat Cantik tanpa selidik. The girls salah sbb bash Cantik tanpa bertanya dan beri peluang Cantik bercerita, backbite. Cantik salah sbb tak cerita, hence buat org fikir negative psl dia. 


When you have a broken family and the fact that yr mom is not in a good health, it's a big test from Allah. 


Aku bgthu dia...

"Cantik, sometimes Allah took everything and everyone from us because of a reason. Just a single reason. He wants us to realize that when He took everything away from us, He wants us to talk to Him alone. Just Him. Only pick Him because everything else has gone away, leaving us. Itu cara Allah nak buat kita bercakap dgn Dia, sujud dkt Dia, ingat Dia, ingat mana asalnya kita. Ini ujian. Ujian dtg pada setiap hambaNya dlm segala bentuk dan possibilities. Iman yg membezakan darjat kita di sisi Allah. Iman kan dekat hati. He gave this to you to test whether you are eligible or not to be in higher position in His eyes. Bersyukurlah awak di uji, itu tanda Allah ingat dkt awak. What about org lain? Kita ni. Semua benda happy. Kita jd leka. Itu ujian utk kita. Sekurang-kurangnya sakit dan perit ni mengingatkan awak bahawa Allah is warning you/helping you to become better in His eyes."


Lebih baik kita minta di uji supaya kita sentiasa beringat daripada kita sentiasa hidup senang dan lupa diri. Aku minta ampun dkt Cantik sbb mengumpat dia.


Life goes on. Cantik still kena menghadap masalah dia. Kesian dia, final exam dah nak dkt dah ni. Kita doakan supaya urusan Cantik dipermudahkan dan kita semua diberi hidayah utk jadi pendengar dan sahabat yg baik. Semoga Cantik bertemu jodoh yg soleh yg dpt teman dia dgn setia dan bertanggungjawab, yg akan beri dia kasih syg dan support. Amin. 


Dlm hidup, ada masa kau boleh loud, ada masa kau kena silent. Tak boleh setiap masa kau nak loud tunjuk berani. You gotta give life some space to show whether you are wrong or not. Bcz we know, human errs. Be silent and listen. Listen to learn, listen to reflect, listen to grow better. 


Kawan terdekat dgn kita mungkin ada masalah hidup yg dia tak pernah nak cerita sbb pada dia kita ni tak pernah nak tanya, tak pernah peduli. Life is about giving. If you dont have money, you'll always have time. Spare some time to 'read' yr buddy, yr fmly. They needed someone. They just dunno how to ask for help. 


Cantik kawan yg baik pada aku. Dia lah yg ingat dkt aku masa makan. Yang selalu suap aku. Yang make sure aku tak lapar. Aku bersalah sgt sbb marah dkt dia waktu aku tak tahu cerita tu. 


Life is scary isnt it? Just when you're about to trust somebody, they show their true colour and your expectation and good impression crumbled. Heartbreaking. 


Ya Allah,
Semoga hati kami terdidik daripada cerita ni. Semoga persahabatan kami lebih erat. Semoga kami semua kuat menghadapi cabaran. Kami berlindung dgn Mu ya Allah. Berlindung drpd syak wasangka dan hati yg kotor. Bantu kami menilai dan membuat keputusan dgn baik. Bantu kami jadi sahabat yg baik. Jadikan pengakhiran kehidupan kami suatu pengakhiran yg baik. Redhalah dgn setiap yg kami lakukan. Kami lemah tanpa perlindungan Mu. Kami buta tanpa cahaya dari Mu. Tempatkan ibu bapa kami dikalangan mereka yg berada di Jannatulfirdaus. Amin ya robbal A'lamin...

Cantik, be strong :')

-nesayang

Comments

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away