Suasana di Klinik.

Semalam, aku bangun subuh and area jantung aku sakit, so harini aku decide utk pegi klinik. Being in KMS, depa akan hantaq kami naik van (boleh tak nak kata mcm gelandangan? Cis! Tak bersyukur!) ke satu klinik yg well known utk matrix students. Klinik kerajaan. Aku jangka pagi ni tak ramai orang, satgi turun van je perghhh ramai seh.


So I sat at a corner, observing around. 


Allahurabbi, sebak rasa hati bila aku tgk orang2 tua yang dtg ke klinik sendirian ni. Dgn nurse panggil nama mcm kami ni pekak (ye aku fhm, kau panggil la sekali je, tunggu org tu muncul ke tak, baru panggil lagi, ini tidak, panggil mcm la kami ni boleh tuptuppp muncul terus dkt kaunter). Old folks ni jalan pun tak terdaya, slow je melangkah ke kaunter. Sebak aku tgk. 


Sendirian agaknya mereka di rumah tanpa anak2. Nisa, buruk sangka tu not nice ok? Nanti amalan di ambil org kalau kita buruk sangka dkt org lain. 


Ya Allah,
Aku harap aku diberi peluang utk ada dgn Mak Ayah bila dorang dah tak sekuat dan seaktif skrg ni. 


Ttba rasa mcm nak volunteer dkt old folks' home lepas matrix. Sebulan pun cukup ah. Bagi pengajaran dkt aku supaya hargai Mak Ayah. 


Someday in future, aku harap jodoh aku setuju la kalau aku nak jadi kan melawat rumah anak yatim/orang tua sebagai aktiviti bulanan anak2 kami.

Ewah.


Dunia makin melekakan. 
And I got carried away so easily.


Oh aku jugak ada ternampak a father yg muka stress je melayan anak2. Hahahaha! Gosh, susahnya jadi parents. Terbayang Mak Ayah dulu. Aku dah la baby yg grumpy -_-" bless my parents, ya Allah :)


Dear jodoh,
Pls be softer and stronger than me.
For I am not tender.

Dear Allah,
Berikan rezeki buat mereka2 ini.
Mungkin bukan duit, tapi kenyangnya perut dgn rezeki yg halal, bahagianya hati dgn keluarga yg makmur, lapangnya dada dgn anak2 yg soleh dan solehah.

Amin ya Robbal A'lamin.. 
:)

Take care everyone!
Assalammualaikum :)

Comments

Anonymous said…
nice..suka baca..=)
Nesayang said…
alhamdulillah. terima kasih! teruskan membaca :)

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.