Bersyukur sebab ada Adam di sisi.

بسم الله الرحمن الرحيم


WARNING : POST PANJANG. 

Semalam muet. Usually bila aku exam, adam memang pesan mcm2. Kalau aku nervous, mmg aku cari dia sbb dia tahu nak membebel apa hahaha. So malam ktorg otp. Jarang ktorg dpt otp lama sbb masing2 ada duty sendiri on the next day, so kena tidur awal. As for him, dia subuh lagi dh grk pergi kerja. Aku, subuh tu bangun utk study/mandi/pegi surau. Pukul 8-4pm biasanya kelas berjalan mcm biasa, sometimes extend. Malam pun ada kelas. So boleh kata jarang aku dgn adam nk contact secara frequent. Harapkan otp sebelum tidur or sebelum pergi kerja/kelas je lah.


Malam semalam otp almost 2 jam, so much of things that we talked about. Lama jugak la ktorg tak borak deep psl serious stuffs camtu. Somehow aku rindu adam. You know that feeling walaupun kau cakap everyday dgn dia, tapi still rindu. Eh? ke aku je yg ada perasaan camni? Hahahaha! Stress released when I talked to him. Dia macam kawan baik, kaki gossip. Sometimes tak rasa mcm dia ni boyf -_- and one thing aku bersyukur adalah the fact yg dalam proses aku nak membesar, aku ada penasihat mcm dia, yg tukang kata NO bila aku out of control asyik nk lepak, mula malas nak study. 



Kalau lah dulu, aku keep on dingin dan kerek dgn dia, push him away while he always make efforts utk menang hati aku, aku rasa aku tak jadi mcm sekarang. Aku tak boleh nak view life like how he taught me. I thanked Allah so much for having him. Dia selalu nasihat dan percaya pada aku lebih drpd aku percaya diri aku. The 8 years gap between us is really helping though he always say yg aku ni roh perempuan umur 30, stuck dlm badan budak umur 19 -_- gila tua weh???


Aku bersyukur pada Allah sebab Adam sentiasa kuat utk relationship ni, utk orang2 yg dia sayang. Aku bersyukur pada Allah sebab despite apa pun orang cakap, dia tetap dgn pendirian dia yg dia nak tgk aku berjaya, dia lebih pentingkan itu drpd future kami. Tak pernah kot aku kenal lelaki yg ada such mentality. Bila dia kata if he had to choose between my future and study and our future, he would choose my future and study. Itu priority dia. Itu jugak reason kenapa aku bertahan dkt matrix. Bukan sebab dia, tapi sebab aku fikir there is people out there yg sanggup buat apa je utk buat aku berjaya and happy, so takda reason kenapa aku nak main2. Aku rasa bila bab study, Adam takda tolerate dgn aku walaupun aku kesayangan dia. Study and disiplin tu benda tak leh main2. Tu adam. Tambah pulak dia lecturer, lagi lah aku takda chance nak melagha hahahaha. Walaupun dia strict bab study aku, and org mungkin kata cam apesal over sgt ni, aku tak peduli ah, result aku better kot sebab kan adam yg strict camtu. Aku suka ada tukang bebel sepenuh masa hehehe. Sbb aku senang leka..


Banyak benda yg aku belajar when he came. Adam tolong bukak mata dan fikiran aku ni supaya fikir realistik. Itu satu nasihat yg dia selalu aku pegang. Apa2 nak buat mesti kena realistik. Mungkin dia lelaki so dia takda letak emosi dlm cara dia kerja or think. He's more logical and realistic... dan aku hormat Adam sebab tu.


Sungguh aku bersyukur pada Allah.


What we talked about last night betul2 buat aku tersenyum dan bersyukur sgt pada Allah. Aku anggap semua yg terjadi ni adalah kebesaran Allah. Mungkin Allah nak tolong aku jadi better, ringan kan sikit ujian utk aku, so dia hantar seorang lelaki mcm Adam. Segala puji untukMu, ya Allah. Adam tak suka janji apa2 pasal future, itu yang aku salute. Most guys suka bagi false hope. Tapi dgn Adam aku belajar menunaikan janji and just focus dkt what is happening now. Mungkin ada benda yang tak boleh di ubah, perkara yg aku mohon byk kali pada Allah, tapi Allah Maha Mengetahui. Aku mohon supaya beri aku jalan keluar, supaya aku fhm kenapa semua ni jadi. Slowly Allah bagi clue tu.


Aku rasa tak sabar nak isi borang UPU buat kali kedua. Dulu, Adam ada jugak masa aku tgh isi UPU, mula2 nak isi sama2, tapi aku buat decision sendiri dan masa tu dia cuma kawan biasa. So dia sedih gila. This time, aku nak isi UPU lagi tapi Adam consult. Aku kata dekat dia aku tak sabar nak masuk Uni. Tak sabar nak amek course yg aku rasa fun, tak sabar nak struggle mcm dkt matriks tapi beza nya is i'll be in university which we all know the obstacles people had to go through for a scroll. 

Ya Allah kau bantu lah aku dapat tempat dekat uni dan scholarship. Kau bantu lah Adam utk cari rezeki. Bantu kami berbakti utk orang tua kami. Bantu kami jadi hamba Mu yg lebih mengerti. Bantu kami mengenalMu, mengenal agama ini. Bantu kami utk sebuah masa hadapan. Bantu kami dgn rahmatMu. Ampuni kami, sayangi kami, ya Allah.


There are so much of things to do and to learn, to adapt and to try.


Semester terakhir dekat matriks start esok. Esok jugak lah aku kena pulun sunguh2 walaupun it's just my first day. Sbb aku nak a better future. A future whereby aku boleh buat mak ayah percaya pada aku and pandang aku sebagai anak yg dah matang, future yg aku dan adam do everything sama2, future yg Allah redha.


Idk what will happen in the future but only to You I seek refuge, ya Allah.


Banyak tempat aku nak pergi, sbb hidup ni adventure. Banyak benda aku nak buat, aku nak capai. Banyak yang aku akan lalui. Suka, duka, stress, give up, those will come and I need to prepare for the worst scenario. Bergantung pada Allah sepenuhnya, itu yg aku kena biasakan diri. Kena redha dgn usaha aku, tawakal utk hasilnya. Berhenti melihat orang lain dan rasa orang lain lebih better, sbb semua orang ada battle sendiri. Aku combat cara aku, utk dapat apa aku nak. Sbb apa aku nak tak sama mcm apa orang lain nak. So issue orang lain lebih better tu nonsense. Aku kena belajar yakin.


Gratitude is my escapism. Each time life let me down, I would count my blessings. The fact that mak and ayah work so hard for me, send me off to banting every week, buy things i want, work their fingers to the bone since i was born and up till now they still struggle to fill my stomach, stay patient with every tantrum i throw to them, adam works hard for our future, spend time for me despite his busy schedule, talk and console me, pay stuffs for me, always treat me more like a wife instead of gf, make me laugh, remind me that i need to be a good daughter etc. Those were the kind of blessings that i would keep counting and those help me to chin up.

Above all, I thanked Allah so much for giving me this kind of life.
I hope I would be able to help people.


terima kasih ya Allah utk kasih sayangMu yg tak pernah habis, utk setiap jatuh bangun yg Kau saksikan, yg Kau selamatkan. terima kasih kerana melindungi aku dgn sebaiknya, meletakkan aku dlm keadaan yg aku belajar mengenal dan merinduMu. terima kasih utk setiap ihsan drpd makhlukMu yg Kau pinjamkan utk ku. terima kasih utk setiap kesedaran yg hadir dlm diri. terima kasih utk setiap hidayah dan cahaya yg membantuku. terima kasih utk segalanya, ya Allah. i would be nothing without You. bless these people who work hard for me and help me to stay strong, realistic and diligent to grasp my aims. only to You i seek refuge, forgiveness, blessings and mercy. aminnn..


selamat menjalani semester terakhir, wahai diri. 
It's just gonna be like normal days. 
senyum dan jangan bersedih lagi. 
selamat berjaya!

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.