biar lah.
biar aku tulis semuanya,
biar apa mereka kata,
persetankan semua,
jangan di ambil hati,
kelak memakan diri.
diam tak bermakna kalah,
mungkin Tuhan mau kau belajar hormat,
berserah tak bermakna kau penat,
cuma kau lebih rela dijaga Tuhan,
daripada amarah sendiri.
biar minda ini tenang,
hati ini lapang,
dalam coretan aku sendiri.
maaf dunia dan isinya,
maaf.
biar setiap bait kata aku coretkan,
biar puas hati, sebelum mata tutup dan roh berlayar.
biar kosong dlm hati, tanpa prejudis, tanpa benci.
biar aku coret segala amarah.
biar aku kata dunia tak adil, kerana aku yg sering kalah dan salah.
biar aku taip kan di sini daripada aku hamburkan pada mereka,
biar aku yg baca,
biar aku yg bebas.
biar aku yg baca,
biar aku yg bebas.
biar apa mereka kata,
persetankan semua,
jangan di ambil hati,
kelak memakan diri.
diam tak bermakna kalah,
mungkin Tuhan mau kau belajar hormat,
berserah tak bermakna kau penat,
cuma kau lebih rela dijaga Tuhan,
daripada amarah sendiri.
biar minda ini tenang,
hati ini lapang,
dalam coretan aku sendiri.
maaf dunia dan isinya,
maaf.
Comments