Tolak Pergi.

بسم الله الرحمن الرحيم 
Peace be upon Prophet Muhammad, his companions and family :)
-------------------------------------

Kalau sorang hamba Allah cinta kan aku kerana sekeping hati ini,
spesifikasinya di mana?
adakah pada saat di mana terpancar kebaikan pada sinar mata?
atau pun hanya dek kerana susun atur perkataan yg pada zahirnya nampak elok?
atau kerana sucinya hati yg jarang sekali mencerca?
mana spesifikasinya?

Sekeping hati yg jika dibiar tercemar,
lama-lama memakan diri.

Yang baik dikata buruk,
Yang ikhlas dikata keji,
senangnya dunia men-stereotaip-kan segala isinya.
Mudah, seperti mencetak segala yg kau suka pada sekeping kanvas.
Suka hati.

Aduhai hati,
kalau engkau adalah kanvas putih,
mungkin setitik warna suci tu pun tak kelihatan sekarang ini..

Kerana prejudis dah tolak pergi sucinya warna putih yg kami semua stereotaip-kan tadi.


Puitistakpuitis.
XO, Nesayang.

Tulis dan tulis.. biar muntah semua prejudis.

Comments

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away