Week 2 / Final Sem (4)

.

Minggu ni aku kelam kabut sbb kejar syllabus yg laju gila hanya kerana bulan ni hari rabu byk tkda kelas so lecturers mmg mcm bullet train dlm lecture, aku tk sempat angkat tgn nk tanya depa dh move next subtopic -_- result exam pun dah nak release. Cuak jugak sbnrnya. Takut tak mencapai target. Tapi rasanya baik aku tarbiah hati ni supaya redha awal2 :p kang tk bersyukur pulak. Ye lah, apa Allah bagi, tu lah yg terbaik. Tarbiah hati, nesa.. tarbiah.


Akhirnya, bilik yg lebih privacy utk semester akhir di matrix!


Syukur alhamdulillah byk perkara yg aku attempt. Aku cuba nk attempt byk perkara lagi. Benda kecik2 je pun. Tapi bila accomplished tu aku rasa puas. Contoh, taknak tidur masa break semata nk buat one-page note utk nota chapter Z. Contoh. Ewah kau, dah jadi nerd skrg ni. Syukur alhamdulillah sbb aku mampu tabah jd nerd setiap masa dkt bilik asyik nk update kerja. Sbb dulu zaman sekolah, utk balik rumah dan buat kerja adalah something yg sgt asing utk aku. Rumah cuma tmpt tidur, mkn etc bukan utk study. Susahhhhh sgt aku nk study dkt rmh. Malas, senang kata. Syukur alhamdulillah walaupun life dkt matrics mcm nerds, tapi aku dpt tangkap rentak nak dpt result bagus tu cemana. Attitude tu aku dpt grasp ah. Cuma nak atau taknak je. Tu kena mental kuat ah. Kena pandai say NO pada anasir luar.


...dan kenapa aku membebel mcm nerd ni??? OMG EXAGGERATED GITUEWW.


Aku rasa permulaan sem ni bermula dgn habit aku tidur dlm keadaan bertelekung hahaha nmpk sgt lepas solat suka tidur. Mungkin sbb bulan december selalu sejuk so nikmat bertelekung tu org perempuan cam aku je tahu. Haritu roommates tanya aku "akak bukan bgn pagi pastu study ke?".. Bdk2 ni stalker lah hahaha. Aku kata "chill lah baru week 2, warm up dulu, slowly..". Ewah, mcm la petik jari dpt 4flat terus.


Makanan ruji utk minggu ni. Cuma RM1. Tk dpt weh dkt luar. Aku sayang matrix!


Minggu ni mmg cipta rekod. Sehari duit mkn aku RM1 je. Aku rasa aku ada bakat berjimat cermat. Tp aku jugak ada bakat jd boros sekelip mata. Benda2 handle duit sendiri ni mmg makanan aku ah. Cuma kdg2 tk terkawal nafsu tgk coklat2/air2 tin/eskem dkt koop tu, penyebab bajet aku tersasar. Hahaha! RM1 dpt makan nasi goreng satu pinggan. Cukup bg perut terisi. Nk bg sedap tekak mmg tk dpt lah. Sbb aku under budget nak ke singapore, tak kan kos semua nk lepas dkt Adam kot. Boypreng tak boypreng, suami tak suami, guna duit sendiri gak yg guilt-free. Aku makan RM5 je utk Isnin-Jumaat. Kalau bab jimat ni adalah exam, aku dpt top dekan dah. Hahaha! Tak sabar rasanya nak gi singapore. 

Sem ni aku ada dua azam :
- taknak tidur dlm kelas
- taknak makan maggi

Azam cliche mcm nak dpt 4flat tu tk cukup menarik hahahaha telinga dah kebas dgr org nk dpt 4flat. Aku dah mula fikir nak amek course apa. Number pin UPU tu release on January, meaning that boleh isi dah la on January tu. Awesome! Selasa (10 dec) result exam keluar, aku tak tahu apa rezeki utk sem lepas, harap2 hati ni redha. Boleh tak lately ni aku terfikir nak amek medic pastu menyesal tak pegi mesir haritu. Sigh, kebodohan apa ntah ttba fikir camni. Mungkin sbb aku rasa in future, apa yg buat aku puas hati is benda yg aku minat and benefit org lain. Aku duk interview lah kawan2 yg ada family/friends yg amek medic. Cliche, semua kata susah, semua kata tak yah amek. Ntah.


Seronok sgt dlm lab :p


Law? Aku tk fhm pun dunia lawyers ni cemana. Family aku takda lawyers. Byk engineer, architect dgn cikgu. Tapi aku cam takda bakat architecture (mak yg kata,she's always right -_-), engineering pulak ntah la, cikgu maybe last option. Why la nak kena jadi apa yg family aku dh conquer? Hahahaha. Aku ada krisis memilih skrg ni. Krisis jadi lagi teruk sbb aku takda fixed stance. Sakai. I hate myself sometimes. Payah dia sebab aku tak amek biology, kalau tak byk courses yg aku boleh amek based on syarat depa.

Semoga ada hidayah yg datang utk aku pilih course apa yg sesuai.
Aminnnn


Apa yang penting sekarang, sentiasa update kerja and kejar syllabus. Sebab matrix ni rapid learning, so sehari melepak, mmg byk benda tertinggal. It's okay, baru week 2. Kita tgk progress mcm mana. Semoga semuanya lebih baik. Aminnnn.


Singapore, wait for me!

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.