Doa buat sahabat.

بسم الله الرحمن الرحيم


Tadi aku scroll gmbr dekat IG. Sentap bila tengok satu gambar.
Lepastu aku sedar bukan semua orang dlm gambar tu gembira dgn apa yg cuba digambarkan oleh gambar tu --friendship. Kemudian aku rasa mcm "ewah, tempat aku dekat mana?" dan baru aku teringat, diri kita tidak akan pernah ada posisi yang kekal dalam hidup seseorang.


Lepastu aku tanya "berapa ramai orang kau dah hilang sejak kebelakangan ni?"..
Ramai, wahai diri. Aku mungkin tak diterima lagi. Aku faham pasti ada dekat luar sana yang buat spekulasi tanpa menyoal atau bertanya khabar.


Semuanya adil sebab aku pun macam tu. Never ask, never want to meet, never take the first step to greet. Sebab kadang-kadang aku rasa apa yg dah hilang tu biar hilang. Aku boleh pilih untuk kejar balik, tapi kalau aku kejar, yang sana melarikan diri, takda apa yg beza.

Aku tak cuba pun utk kejar.


Bila aku tengok sekeliling dan hitung satu persatu insan yang aku masih ada, aku sedar jumlahnya berkurangan. People come and go. Aku pun pernah buat mcm ni dkt org lain. 


I left without mercy.


Bila aku duduk sorang, termenung jauh, rindukan what I once had, aku sedar bahawa ketidaktenangnya hati ni is a partial hasad. You know, hasad dengki. Kemudian aku tanya pada diri "kau sampai bile nak sakit hati?"...


Ada benda dalam hidup yang aku tak boleh ubah kepada yg asal, jadi aku ye kan je mcm mana flownya pun. Aku perhati dari jauh. Aku diam. 


Diam mendidik hati.
Diam menghapus hasad.


Diam lebih baik dan menghargai yg masih sudi berkawan dgn aku. Mereka yg masih wish good luck kalau aku nak exam. Mereka yg "nisa, jom lepak. tkpa aku fhm prob kau, aku jemput dkt rmh esok". You know, masalah-masalah ciput dlm hidup aku yg diterima pakai oleh manusia-manusia ni. Aku cuba hargai. Setiap kali mereka ajak spend time, aku sedang cuba kejar.


Kejar supaya aku tak termakan hasad sendiri.
Sedih bila scroll IG.
Hasad bila phone tak berbunyi.
Hasad bila topik tak familiar lagi dah.


Aku mengejar yang berbaki ini, cuba menjaga sebaik mungkin. Mungkin mereka yg berbaki ini cuma baki rahmat Allah yg layak utk aku terima. 


Selebihnya Allah kata "maaf, lesen dah tamat tempoh".


Ya Rahman,
maafkan diri ini ketika aku menyakiti sahabat2ku diluar sana,
samada yang masih aku dengar khabar berita darinya,
yang tidak langsung aku tahu ceritanya, hanya gmbr yg tukang cerita,
yang seringkali bertanya khabarku,
yang rajin menjemputku,
yang menjadi saksi hati aku bukan keras mcm batu,
yang dulu aku pendengar setianya,
yang kini tiada lagi khabar berita,
yang sering bertanyakan "kau dh mkn belum nisa?",
yang sering memastikan aku tidak lapar,
yang mendoakanku,
yang yakin pada ku,
yang mengerti tanpa perlu aku jelaskan musababnya,
yang sering membaca lambakan idea aku disini,
mereka yang sudi,
mereka yang tidak,
mereka yang ikhlas,
mereka yang paksa rela,
maafkan aku sebab aku selalu selfish dgn jalan cerita hidup aku sendiri.


For the past 3 years, I have learnt that forvigeness isnt just about sayin sorry. Ia dtg dari dlm, lalu diaplikasikan terhadap setiap perbuatan. 


Aku pernah menyakiti dan tiada alasan utk aku berhasad dengki. Aku cuma orang biasa dan orang biasa tak lari daripada menjadi tidak adil. Seirngkali kita marah kenapa orang sakiti kita, tipu kita dan sebagainya, tanpa kita sedar yang kita juga pernah beruat sedemikian. Mungkin dgn bukan orang yg sama, tp dgn org lain.


Doalah tempat aku berteduh. Doa mengajar aku mendoakan yg imposibble utk sekeping hati yg sedang marah, lalu mengajar hati aku utk kurangkan hasad dan selfish. Mungkin aku perlu rawatan hati. Lama sangai dh dibiar berdaki.


Biar menangis ketika berdoa,
biar rasa sakit pada saat tgn mu ditadah,
tintamu hanya utk Tuhan,
asal jangan tinta mu menyakiti makhluk lain.

Doa tempat berteduh kita.
Allah pelindung kita.
Maafkan, aduhai hati.
sebab kau pun pernah menyakiti.




....dan aku double tap gambar tadi.
Love,
Nisa.

Comments

Popular posts from this blog

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Perjalanan di Beijing.