Tamatnya Matrikulasi Utk Aku Part 1.

بسم الله الرحمن الرحيم

Selasa, 29/4/2014.
Dua tahun. Aku tak sangka masa akan berlalu sepantas ni. 
Dua tahun. Mungkin adaptasi minda aku terhadap rutin KMS menjadikan aku seorang yang baru.
Dua tahun. Kalau aku toleh belakang merenung masa, mungkin aku senyum.
Dua tahun. Bangun pagi dengan fikiran yang sama "aku kena move forward".
Dua tahun. 4 semester jadi nerd.
Dua tahun. 


Demi Allah yang mengatur takdir,
perjalanan aku dekat KMS memang sesuatu yang (bila aku tenung kan) perit. Sebab bukan rutin aku utk study setiap masa, balik kelas study, buat tutor etc. Bukan rutin aku utk participate dalam hal ehwal yang berperihalkan tanggungjawab. Aku hidup carefree. Belajar bukan priority. Aku pemalas tegar. 

Dua tahun cukup utk aku konklusikan bahawa aku ada masalah attitude. Tak pernah tekun, tak pernah sabar. Dua tahun aku belajar, dua tahun aku bertanya.

Cukup ke sekadar dekan sebagai penanda aras attitude yang bagus?
Bukan setiap semester aku merasa jadi dak-dak dekan. 

Aku rasa dalam dua tahun tu, byk yg aku progress dan banyak juga yang aku subconsciously deny utk progress --penyebab tak dapat dekan setiap sem. 

Frasa subconciously deny utk progress sama jugak erti nya dengan...

aku tahu kena korban waktu tidur awal tu, study sikit, prepare utk esok. But aku subconsciously deny it dan beradu dgn tenang. Berterusan dgn hujah seperti "kang ngantuk dalam kelas esok". Seolah-olah, tidur yang awal tu boleh bagi aku fokus, walhal, not entirely.

Aku masih menguap dlm kelas. Kadang tu satu benda tak faham. Tinggal dan kemudian.. ya benar, hanyut. 

Frasa itu juga sama ertinya dengan...

mari ke cubicle, jumpa pengajar, bertanya, belajar...
oh tidak, Orion ada donut...
mari makan.
balik bilik.
tidur.

Sama jugak ertinya dengan...

hm payah soalan ni..
esok lah..

Jugak sama dengan...

jom buat tutor..
refer nota..
refer nota..
refer nota..
sampai ke sudah tak hafal apa.
otak gigil bila takda nota.

---------------------------------

Dua tahun.
tak kan satu post je ye dak?
tggu part 2 :p


Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.