Ah, Apa Ni?

بسم الله الرحمن الرحيم

POST PANJANG BEB

Ada hari yang tiba2 satu benda jadi tanpa kau sangka. Mungkin Allah ambil orang yg kau sayang, atau mungkin baik sangka kau meleset, atau mungkin anak kucing kau mati kena langgar. Whatever lah kan.

Mungkin kau tengah happy, lepastu kau rabak seribu beb. Terkedu. 

"Betul ke ni?"

"it's happening... now? why?"

Cabangnya jadi begini : (mungkin...)
kau nangis
kau terkedu lagi
kau terdiam
kau capai phone nak bagitahu dunia
kau letak balik phone tak jd bgthu sesapa
kau duduk diam kaku
kau picit kepala tak percaya
kau terdiam lagi

Tak adil semua ni. Semua ni tak pernah adil drpd awal. Drpd kau mula dipersoalkan, dituduh tanpa bicara. Tak adil semua ni datang tiba2. Tak adil kau kena simpan semua ni sorang. Tak adil sbb kau tk dpt bersuara. Tak adil semua ni drpd awal.


contohi dia ni, sentiasa cuba happy. (2011)


Itu lah yang kau cuba kata pada diri bila tiba ujian drpd Dia. You questioned. Semua tak adil. Sakit perit kau selama ni tergantung. Tak adil. Curhat kau tak didengari. Tak adil. Kau kemudi hidup sendirian. Tak adil. Darah daging kau persetankan kau. Tak adil. Kawan tikam belakang. Tak adil.

Masa ni dah sah air mata kau mcm Niagara ((tak, aku taip ni tanpa air mata)).

Tapi kau rasa dgn berfikiran segalanya tidak adil boleh selesai masalah? Boleh buat hati kau tenang? Kau bakal hidup terus jadi bangkai kalau kau kata hidup tak adil, apa dah jadi ni tak adil, semua benda tak adil.

JADI BANGKAI!

Kau ingat Tuhan selamba badak bagi ujian suka suki Dia? Tak adil segala benda ya? Tak adil lah oksigen yg kau sedut, rumah tempat berteduh, doa senjata abadi. Tu semua free gift sejak lahir. Adil? Tak adil?

Benar, yang sendirian kau simpan mmg sakit. Berdiam diri mmg sakit. Keliru dgn naluri sendiri pun sakit. Serabut seribu. Itu tak kena, ini tak kena. Penat kau menangis. Penat kau berdiam. Penat kau bersabar. Penat kau tak dikira, tak dipeduli, tak diadili, tak dihargai. Malah kau dipersalahkan, seolah-olah kau sorang yang bersalah. Sakit beb.

Hidup mmg mcm ni, nak. Ini takdir. Kita hamba. Takdir itu utk hamba. Sesuatu yg termaktub utk kita pasti direncanakan oleh Yg Lebih Tahu. Mana boleh hamba merencanakan takdir. Dgn segala emosi tu kau nak rencanakan takdir? Kau baru ckp semuanya tak adil, remember?

Takdir milik Allah.

Mereka tidak mendengar, tidak menghargai setiap diam mu, setiap sabar mu, setiap usaha mu. Tapi doa... doa itu sentiasa Allah dengar, tapi mereka tidak tahu. Apabenda lagi tak adil kalau doa kau didengar oleh Sang Pemilik Takdir?

Yang tidak adil itu takdir, berdoalah pada Sang Pemilik Takdir. Berdoalah seterperinci yang boleh ((lantak pi tatabahasa aku)). Dia berhak mendengar setiap yang kau rasa. Bukan mereka yang berhak di'tembak' dgn apa kau rasa. 

Menyakiti yg lain dgn tutur kata kita bukan sesuatu yg adil. Jgn tidak adil pada yg lain, jika tidak mahu yg lain tidak adil pada kau.


ha tak pun, kau tidur je kalau semua benda tak adil sgt utk kau. Mcm dia ni. (2011)


Setiap diam yg memberi rasa menekan dlm diri tu, ada hikmahnya. Setiap aib yg kau cuba jaga itu, ada ganjarannya. Setiap sabar kau semaikan dlm hati hari demi hari itu, ada hasilnya. 

Hari ini kau cerita pada Dia, mungkin nanti kalian cerita pada Dia bersama2. Yg baik adalah utk yg baik. Yg jahat adalah utk yg jahat. Yg jujur adalah utk yg jujur. Allah berjanji dan tidak pernah mungkir.

Biar diam mu menjadi perisai. Biar senyum mu menjadi hijab kpd yg sakit di dlm. Biar doa mu menjadi penyuci hati sendiri.

Sampai masa, Allah akan izinkan kau utk redha.
Mungkin dah lama kau patut redha dgn ujian dlm hidup.
Tapi, kau lambat sikit. 

Allah Maha Mendengar, percaya lah.
Pergi ah sambung nangis kau tu, selitkan doa.

Comments

Anonymous said…
Kau tujukan utk siapa ni nisa? Kau rindukan "kawan lelaki" matriks kau ke?
Nesayang said…
tuju kan utk siapa yg rasa mcm dia boleh relate.

"kawan lelaki" matriks? soalan tak jelas ni tak boleh dijawablah, anonymous.

ce specific sket. baru sensasi! hahahaha

(yg kau anonymous kenapa, kalau aku tau kau sapa, mmg kena ni! hmphh!)

:p

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away