Allah, thank you so much.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Semalam, aku tak pasti kenapa, tapi semua benda random. Tiba-tiba sebelum tidur aku flashback semua benda yg dah jadi for the past 2 months that I started my life here in Melaka. Every details, pastu aku sengih sorang. Aku sengih sebab aku happy.

Life dkt sini tak perfect. In fact, aku pun tak tahu mcm mana life yg perfect. Takda benda pun yg perfect dlm hidup kita ni. Dlm sesi termenung smlm, aku tersedar sebenarnya apa yg jadi ni semua perfect. Why? Sebab Allah yg kasi settle semuanya. Siapa aku akan jumpa, apa aku akan jadi, apa aku akan belajar, apa aku akan rasa etc. Power jugak sesi termenung aku semalam. Tiba-tiba aku rasa aku jadi Plato pkl 3-4pagi tu.

Ye mmg betul aku tak berada dlm keadaan yg okay. Ye mmg betul semua tekaan dorang, tapi weh, hidup kena kasi settle gak kan? Kena gak bangun and function sikit. 

Walaupun sesi termenung smlm hampir membawa aku kpd kancah kesedihan (apakah kebangangan ini), aku cuba kata pada diri bahawa hidup ni bergerak, takda benda or sesapa nak tggu aku terkepot-kepot lembap nak mampos. Takda. Semua orang in fast pace.

iphone dlm kenangan. i was actually basah kuyup dlm gmbr ni sbb baru redah hujan lebat nak mampos. rindu matriks life ttba, tp tk rindu pakai baju kurung everyday -.-


5 tahun in future, mungkin aku akan toleh balik tgk hari-hari awal aku memulakan umur 20 ni. (again, kebangangan apa ni). Siapa yg aku kenal, drpd apa yg aku telah move on, rabak mana aku dah redah. Peh. 5 tahun forward, will I be the same Nisa? Tak. Sebab who I was 5 years ago was 360 degrees differnt from who I am now, both external and internal.

Aku patut ucapkan terima kasih kpd jembalang-jembalang tanah yg dah kasi henyak hati aku dulu, dayang-dayang manis yg dah bawa aku jauh dr laranya hati, raja dan permaisuri yg membesarkan aku dr kecil serta seluruh kingdomnya. Paling padu, Allah Yang Maha Esa, yg dah bawa aku dr dunia gelap kpd dunia terang, dr bodoh piang ke pandai sikit, dr marah memanjang kpd lembut hati sikit.

Suka utk aku tanya pd diri, 5 tahun lg apa aku patut ada. Aku patut tanya soalan ni everyday. Oh mmg seronok hidup tk pyh plan, tapi being anak sulung, I just can not. I need to function as a tiny lil leader to my lil bros sikit. Just need a lil planning. Sbb aku tak kan tahu bila financial condition family aku gone worst, mana pulak aku nak berposak cr duit utk sara adik-adik.

2 bulan dkt Melaka, aku rasa mcm kena tampar. Sbb baru aku tersedar betapa gampang besarnya role anak sulung. Yes mmg Ayah Mak can afford sending us to college ke pape, but Allahuakbar, tak manis hidup dlm zon selesa. EWAH KAU HAHAHA. 

Aku penat dah jadi bangkai. Ya Tuhannnnn, AKU PENAT JD BANGKAIIIIII.
Jadi kan aku hambaMu yg function ya Allahhhhh.

Maju lah Anisah utk hidup sendiri.

p/s : need a new lens and satu hari yg diluangkan bersama diri sendiri, jurnal dan lensa. need to get myself back. im lost in idk where.
----------------------------------------------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Perjalanan di Beijing.