Study Week Di Rumah, Its Perks dan Kejujuran Aku.

بسم الله الرحمن الرحيم  


Aku jenis yg suka untuk jujur. Tak sedap, aku kata tak sedap. tak cantik, aku kata tak cantik. Tapi aku masih sedar yg output aku kena lah berlapik, tak boleh main taram je. Nanti aku mereput dlm liang lahad sbb mulut laser masa hidup. Jadi di sini, aku nak jujur lah. 

Sekarang musim study week utk dak2 degree, so aku nak jujur yg aku study cuma 10%. Betul beb. 10% ni tahap kalau duduk exam, aku terus dismiss, nauzubillah. Fakta lagi satu, esok hari last study week dan aku masih di takuk 10%. Eh tak, ni bukan propaganda typical students yg dah study tapi ckp tak study. Bukan ye kanak-kanak sekalian.



how time flies and i think my look changed. no, my size changed. hahaha!


Selasa dpn ni aku kena sit paper law, pendek cerita, rabu lepas baru dtg semangat nak study, tiba2 aku check dlm bag, buku law aku tinggal dkt kolej rupanya. Arghhhhhh!! Sendiri fikir lah mcm mana aku nak study. Kesudahannya, segala buku aku bwk balik hanya sebagai perhiasaan sbb mood aku rosak teruk.

Nevertheless, Shuhadha roommate aku time matriks dulu amek logistics dkt UiTM Puncak Alam (PALAM), so aku dgn tabah ke rumah dia di Sg Buloh utk copy nota law. SubhanaAllah Im such a lucky gem. 

Tapi, masih juga liat utk study setelah diberi 'emergency kit' oleh Dia. Hanya lah pada harini baru aku reti nak belek nota Hire Purchase. Ya, sila tanya the procedure of repossesion, semuanya di hujung jari beta muahahaha tak, aku auta lebih.

Ya memang benar, study week masa degree mmg lain benar dgn masa matriks. Aku ni ha yg lain. Dulu time matriks, rajin lah jugak. Degree ni ke mana ntah rajin tu hilang. Mungkin sbb dah biasa relax dari awal sem. Dkt matriks kau nak relax? Kau tgk la betapa laju gila babx kau akan ditinggalkan.

Study week dkt rumah mmg byk perks-nya. Tidur dlm aircond, makan se-fancy mungkin, internet laju, makan lagi dan makan lagi secara percuma ditanggung Ayah Mak hahaha. Sepatutnya, suasana dkt rumah mmg sesuai utk study sbb lebih selesa tapi selesa sgt mcm ni lah jadinya. Bangkai!

sebuah ruang kecil yg sgt aku sayang waktu dkt matriks dulu. alaa rindu!

Aku sejujurnya lagi sekali mengatakan aku baru 10% study. Dgn jujurnya lagi aku nak cakap yg aku cuak nak exam ni. Jujur lagi, aku lost. Jujur lagi, aku geram dkt diri sendiri sbb tertinggal buku. Jujur, aku semi-menyesal sbb tak check bag awal sikit. Jujur, I hardly take serious of my studies. Jujur, aku taknak balik kampus sbb aku tahu semua orang dh fully loaded, tinggal nak sit exam and voila, score the exam. Jujur, aku taknak exam hahahaha.


Mcm budak lah. 


Nevertheless, aku bersyukur sbb lepas paper law hari selasa depan, aku ada gap 8 hari yg telah aku rancang utk cover Economy dan IT. Aku jugak bersyukur kerana Allah bagi peluang 3 hari sebelum paper Acc and Management utk aku pecahkan otak dan study. 3 hari mungkin cukup utk aku meluluskan diri ke semester depan. Kalau Allah izinkan, cantik lah result aku berbekalkan usaha di minit terakhir begini.


Jujur, aku cuak beteiiiiiiiiiii. Ok, patut sambung baca, dah pukul 12am. Less than 48 hours to cover 4 chapters of business law. Good luck, nesa -____-"


P/S : Semoga Siti Nur Anisah bt Ishak dapat above 3.00 gpa utk semester ni.
 Aaaaaminnnn ya Allah :)
---------------------------------------------------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.