Teater dan saya.

بسم الله الرحمن الرحيم 

POST YG PANJANG. SILA TABAH.
Maaf, aku tak sempat nak update sbb kekangan masa. 
Cuti weekend telah tiba, mari lah kita blogging!
[Throwback]
Selaku manusia yg dipertanggungjawabkan dan dipercayai utk membawa watak Shah Hamdan, aku nak berterima kasih dgn lirik kata yg panjang. Harap bersabar kalau saudara/ri pilih utk membaca lirik kata ini. 

Utk Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang, yang telah secara randomnya memberi aku intuisi utk pergi audisi, aku panjatkan rasa syukur yg tak terhingga kerana tanpa takdir aku menghadiri audisi tempoh hari, aku mungkin jd bangkai berguna di bilik kolej bertemankan nota-nota yg bosan lagi sepi. Sememangnya teater itu memanusiakan manusia, bak kata Tuan Pengarah ku yg dihormati. Dek kerana takdirNya yg power ini, aku dapat melihat kebesaranNya berada dimana-mana.



Utk keluarga yg datang all the way from Shah Alam tanpa beritahu aku langsung, tak pasti kenapa (mungkin sbb nak bg surprise dan taknak bagi aku cuak lebih), Anis ucapkan terima kasihhhhhh sbb tabah duduk dlm auditorium yg sejuk amat dan menyaksikan anakmu serta kakakmu ini melontarkan suara dan emosi. Mcm mimpi bila nampak korang dalam audi. Terima kasih utk segala doa yg dititipkan utk Anis sepanjang Anis terlibat dgn SALAHKAH AKU...?.  Terima kasih Kak Wani kerana melayan karenah cousinmu ini. Tanpa doa dan kata sokongan, mungkin Anis dah quit dan sambung jadi bangkai berguna dkt bilik. Sejujurnya, mmg Anis tak tahu Anis boleh buat (?) teater ni, mungkin ini permulaan yg baik. InshaAllah. Syukur alhamdulillah.





Seterusnya, utk rakan2 sekolah, housemates, classmates, halaqah, mereka yg aku kenali hanya dgn sapaan hai yg random, mereka yg ada sangkut paut dgn kenalan aku, kalian semua yg hadir semasa pementasan, baik kedua-dua hari atau sehari shj, utk Syida yg dtg dr Shah Alam, utk Ibrahim yg dtg tanpa beritahu, utk Ana & Aizzat yg packed dgn test tp tabah dtg show, utk Hizami & Min yg bersungguh-sungguh, utk Kak Mar & Kak Aina yg dtg dua-dua hari pementasan, Utk Kak Ain yg aku peluk erat sbb terharu dia dtg, aku ucapkan terima kasih utk setiap dr kalian, tak mampu aku nukil kan setiap nama kerana hanya di mata Yg Maha Esa setiap jasa baik kalian akan dinilai. Aku rasa terharu. Mulut aku tak berhenti ucapkan syukur dan terima kasih. Terima kasih kerana menerima bakat ini.








Utk Sir Elyia dan Sir Am, dua jejaka yg telah menghargai ke-awkward-an aku semasa audition, yg telah buat aku cuak setiap kali spotcheck, yg telah menegur tahap kesedaran aku pada ruang, lakon dan sbgainya, aku ucapkan terima kasih kerana tanpa kalian, aku mungkin terkapai-kapai atas pentas teater. Tanpa kalian, aku mungkin hanya bangkai berguna yg pergi balik kelas tanpa terisi apa-apa, tanpa kalian mungkin aku tak mengenal teater. Hormat utk kalian, semoga dijagaNya.




Utk Kak Suzie, primadona Melaka yg aku hormati, yg telah memberi komen yg padu walaupun sekali je dia spotcheck kami. yg nasihatnya masih terngiang-ngiang di telinga aku, yg aku tulis satu persatu pesanan dr nya, yg aku rasa kan unik perwatakan nya, yg aku rasa kan jujur pembawakan dirinya, yg menghargai cebisan kecil bakat yg ada pada diri ini, aku ucapkan terima kasih juga.
Utk Iqhwan Shaffiq (pengarah utama) dan Azlan Norani (Pengarah Seni) yg telah byk menghabiskan masa dan tenaga utk membentuk aku yg degil lagi pemalu ini (propa sgt), yg tabah melayan aku yg serba hyperactive most of the time ni, yg menemani aku makan dekat Infasha almost setiap malam sampai muak, yg berkongsi suka dan duka lol ok dah.




Utk Kak Ikin yg aku anggap mcm kakak sendiri, mengada-ngada dgn Kak Ikin setiap kali latihan, berkongsi cerita, gelak ketawa, mintak nasihat dan sebagainya, aku ucapkan terima kasih sgt. Tanpa Kak Ikin, aku rasa trio Alan dgn Man tak lengkap. Depa ni dh mcm abg kakak aku. Ah, tepi sikit, org takda abg kakak mmg gini.


Utk pemusik dan penyanyi, Zulaikha Suhaime, Nadiah Bruce Lee, Anam Zainal, Adi Kusuma dan Wan Norbit, terima kasih kerana telah menghiburkan kami dgn suara dan susunan musik kalian yg indah. Terima kasih sbb tak marah aku duk lenjan keyboard, mic dan segala equipments korang tu hahaha.




Utk para pelakon yg power teramat, Faz, Kak Nis, Suzie, Razzaq, Asyraf Joker, Achik, Hassan, Khai, Anam, Alan, Man, terima kasih kerana menerima aku seadanya, memberikan idea utk aku 'hidup'kan lagi watak Shah Hamdan ni, terima kasih sbb tabah menjalani latihan bersama aku yg kdgkala mengarut dan berangan tinggi, terima kasih kerana melengkapkan aku. Korang memang ada sinergi yang power. Aku dah rindu korang!







Utk Shazree Ahmad,
terima kasih for  the things you shared with me regarding pentas teater. Sharing the stage with pelakon lelaki terbaik like you is realllyyyyyy an honor. I was so proud of you as I hide behind the curtain, watching you on stage, waiting for Kak Ikin to give the cue for my scene. I won't forget the first day I saw you and realized how much charisma you have as an actor. Thanks for this journey, Jiji. The chemistry we had as duo was really magical. I don't even know you before this, but chemistry kita mmg power. Thanks for this wonderful journey, Jiji.



Life has been good. I never expect to join theater during degree. But Allah knows better. Tak pasti whether aku akan join lagi ke tak. Not sure whether I should or I should just end up being the audience. Aku takut semua ni goes to waste at the end nanti. Im so full of uncertainty. Main focus is settle down degree aku dgn sebaik mungkin and just be happy. 

Mungkin Allah ada reason Dia sendiri kenapa aku sgt random pegi audition teater buat pertama kali haritu. Mungkin ada benda Allah nak tunjuk, orang yg Allah nak aku tengok, ilmu yg Allah nak aku ada. Mungkin. 

Teater mmg fun. It has its very own discipline. Nampak simple, but no it's not hahaha. Not for someone yg senang leka and tak take serious benda mcm aku. 

Mungkin jugak Allah susun cantik dah takdir masuk teater ni sbb Dia nak pulih kan hati aku, Dia nak distract aku drpd lara, Dia nak hidup aku ni terisi dgn sesuatu so that aku tak hanyut dlm sepi. Muahahaha allahuakbar, sedih sgt kenapa kau ni, nesa..

Kalau teater lah yg Allah sedia kan utk memanusiakan aku, aku ready je nak cuba benda baru lepasni. Allah lebih tahu. Allah yg settle rezeki aku. Bukan engkau, bukan dia. Tapi, Allah. 

Aku rindu keluarga SALAHKAH AKU...?
Cepat lah 20hb December. Budak-budak ni plan nak gi Tanjung Bidara,
Yayyyy!

------------------------------------------------------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

Perjalanan di Beijing.