Buat Tuhan Yang Mengerti Isi Hati Kami

بسم الله الرحمن الرحيم 

Wahai Ar-Rahman Yang Maha Pengasih,
kami menyimpan rasa dalam hati yang tidak diketahui umum melainkan Engkau. Isi hati yang kami rasakan terlalu berat utk kami ceritakan. Tapi yang tidak perlu kami ceritakan satu demi satu, kerana Engkau Maha Tahu.

Wahai Ar-Rahim Yang Penyayang,
setiap hari kami diberi peluang bangkit dari tidur dan ada di antara kami hidup dalam kesempitan jiwa. Kami mohon dilapangkan ruang di dalam dada ini kerana sempitnya ruang itu, menyesakkan. Kami butuh ruang dalam jiwa.

Wahai As-salam Yang Maha Pemberi Ketenangan,
kau jadi kan sekeping hati yang bolak-baliknya berada dalam kawalanMu, yang perit jerihnya dalam takdirMu, yang gelap kelam dan kejinya datang dari kami sendiri. Kami tak mampu kawal sekeping hati ini. Tak mampu menidakkan yang dlm diam kami iya-kan.

Wahai Al-Ghafur Yang Maha Pengampun,
ampuni isi hati kami yang seringkali melampau. Isi hati yang seringkali tidak setaraf dengan taatnya kami menunaikan perintahMu. Isi hati yang cela dan hina. Isi hati yang sering rindu pada yang tidak pasti, tidak layak dan tidak mengerti. Isi hati yang sering menginginkan yang bukan-bukan. Isi hati yang tidak terdidik. Isi hati ini kami pendam kerana sebahagian dari kami mengerti posisi kami, wahai Tuhan yang Esa. Isi hati ini kami buku kan, biar tersimpan rapi. Walau rapi dijaga, walau sakit menyimpan, walau perit menahan, kami merayu agar diampuni kerana sekeping hati ini bukan sepenuhnya dalam kawalan kami.

Wahai Al-A'lim Yang Maha Mengetahui,
lindungi hati kamu dari perkara yang tidak kami ketahui sedang Engkau ketahui.

Aaminn.


------------------------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan di Beijing.

Turning 23 on 23rd June.

Kolej Tun Mutahir, UiTM Kampus Bandaraya Melaka.