kedekut nak mampos.

بسم الله الرحمن الرحيم 

post yg panjang.

Anisah Fact : aku still rasa aku seorang cheapskate aka kedekut.

-----------

Tolong jgn geli dgn statement aku nak buat ni. Aku pun naif jugak masa tu.

Okay, salah satu benda yg buat aku rasa Adam adalah makhluk yg menarik ialah dia ajar aku utk buang sifat kedekut dan berkira. Sekarang ni tak kesah lah sapa pun Adam tu. Kita kutip benda baik je please ok haha. It was hard in the beginning. Really hard.

Aku kedekut tahap taknak share makanan dgn member sendiri. Kedekut tahap kasut dah berlubang tapak pun still pakai lagi. Ada banyak tahap lah. Sapa ingat aku punya kedekut-ness memang tahap sahabat sejati beb. Haha! (ehem, yasmin hahahaha)

Dulu aku rasa nonsense gila bila orang kata kalau kita memberi, kita akan dapat balik lebih byk. Mengarut. Kau ada RM10, kalau kau bg semua mesti la poket kau kosong. Apabenda ntah yg 'dapat lebih byk'.

Stupidos Anisah.

Dlm hati aku tak pernah rasa dan faham apa yg bestnya memberi. Aku personally rasa memberi sedekah tu benda yg rare. Aku mmg tak faham ah konsep memberi ni. Aku tak faham apabenda yg signifikan sgt. 

Sampai lah aku kena tazkirah dgn Adam. Cewah time ni perasan la the other side was a charming guy. Dan dan time tu la aku rasa cam oh charming nya boyfriend aku bg tazkirah. Haktuihh. But the content of tazkirah was deep though.

Tak pernah terlintas dlm kepala aku bahawa setiap rezeki yg Allah bagi bukan entirely utk kita. Kita je yg perasan sgt rasa mcm duit elaun/scholarship/PTPTN/gaji tu semua utk kita. Nak beli mcm-mcm benda. Kita lupa kita khalifah, ada byk tugas atas muka bumi ni.

Memberi is one of the task.

Lepastu aku sedar yg the more kedekut I become, the more aku rasa tak cukup. The more aku rasa semua portion adalah utk aku, sahaja. Dan sedekit sebanyak aku rasa kosong and sunyi. Kosong gila beb. You had the money but you had no joy. You had the food but it doesnt taste any better. Aku rasa serabut gila. Apabenda ni. Patut happy kot I got everything. Apahal camni perasaan nya? Sucks. 

Lepastu aku baca buku Aku Terima Nikahnya by Ustaz Hasrizal (dem cheesy gila tajuk buku ni hahaha), Ustaz cakap pasal memberi. Lagi deep aku kena tazkirah. Membaca bukan setakat membuka mata, sometimes bila kau baca benda yg betul tepat pada masanya, kau dapat buka hati sendiri. Sebab tu ayat pertama yg turun utk kita semua adalah 'baca'.

Aku cuba utk beri, since dua tahun lepas sampai ke hari ini. dan mungkin sampai mati.

I have to admit, jiwa aku rasa tenang dan lapang bila aku cuba utk let go kedekut-ness tu. Ringan kan sikit tangan bagi lebih. Tak kesah ah duit ke, makanan ke, whatever. Aku belajar sikit-sikit, langkah bayi gila ni beb. Kau tahu tak susah tu mcm mana?! -_-

Ada orang memberi tapi jiwa tak rasa lapang. Mungkin sbb dia tak faham hakikat sebenar dlm memberi. Mungkin sbb dia tak pernah rasa peritnya mengemis. Mungkin sbb perut sentiasa kenyang, poket sentiasa berduit.

Hari ni kita rasa semua benda cukup tapi kita lupa kita kurang rasa lapang dada. Dulu pernah satu masa dkt matriks, aku tiba-tiba rasa serabut gila, rasa tak sedap hati, rasa nak maki org, rasa cm semua orang bangsat (hahaha saiko kan), kau tau tak bila kau sedekah, Allah akan permudahkan urusan kau? Jadi aku cuba memberi. Aku rasa masa tu aku bayar lunch kawan aku kot, lupa dah. Tapi bila aku tengok dia makan punya lah berselera, hati aku yg berkecamuk tadi tu terus rasa lapang beb. Serious aku tak tipu.

Aku harap itu berkat namanya. 

Next time kalau rasa byk sgt org yg bangsat dlm hidup kau, kau istighfar byk-byk. Kalau tak reda jugak, kau sedekah lah something dgn niat semoga Allah leraikan kekusutan dlm hidup kau. Bila kita tgk org lain happy lepas kita memberi, kita rasa happy jugak, dekat situ Allah dah tolong sikit.

Ayah pernah cerita dkt aku ada seorang lelaki ni punyai seorang bapa yg sedang tenat tak boleh berjalan, lepastu tgh berjalan dia jumpa sorang lelaki lain yg miskin keadaannya. Lepastu dia sedekah dkt lelaki miskin tu sambil meminta supaya didoakan yg baik-baik. Bila lelaki tu balik rumah, bapa nya yg tadi sakit tak boleh berjalan tu di lihat elok boleh berjalan. SubhanaAllah power beb.

Aku terdiam jugak masa tu. What a big power weh. Berkat Allah.

Aku belajar yg sedekah dan memberi ni ubat utk penyakit jiwa dan penambah rezeki. Cuma struggle sikit ah nak sedekah byk-byk at once. It's not about the amount though. Tapi tu lah, kalau memanjang sedekah seringgit je, tak thrill langsung.

Cuba cabar sikit diri, tarik keluar yg warna merah tu 5-6 keping, sedekah je. Fuh, berat. Hahahaha.

Lately ni sifat kedekut aku datang balik. Hampeh betul.

So aku drag diri aku utk derma something. To be honest, aku delay benda ni satu semester. Gampang teruk gila perangai. Sia-sia je Ayah bagi duit monthly. Aku dah jot down number accounts utk bank in duit, tapi sampai skrg takda effort nak donate. Jahanam betul perangai ni. Korang jgn ikut pulak.

Tapi di subuh yg mana aku tak boleh tidur ni, aku teringat haritu ada keluar ads dkt Google pasal Syrian Refugee, time tu dompet aku jauh, malas nak capai. Tiba-tiba subuh ni dompet dekat pulak. Adoi, hidayah sentap namanya ni. Dah depan mata tak kan mau tangguh lagi. Bebal namanya.

So I did what needs to be done. 

It's a monthly scheme payment, 5 dollar per month. Ala apa sgt la 5 dollar. Kau bagi alasan eh? Sedap makan fancy? Seronok beli shawl? Seronok beli rokok? Pffftt kita semua bangkai. Sama je perangai hahaha.

Ni aku bagi link, kot la kau rasa nak derma

UN Refugees - ini yang aku pilih.
Children of Syria - yg ni boleh jugak tp website dia tak menarik haha

Amek lah scheme paling low, pasanglah niat semoga anak-anak Syria di sana merasa sedikit kesenangan. Tak byk yg kita boleh buat dari Malaysia ni selain doa dan derma jarak jauh.

Ada byk sebab kenapa kau start kena memberi at young age. Someday you'll be parents to your children and you want to teach your children to be generous and kind-hearted. Nak jadi parents pun kena memberi kan. At young age, byk benda baik yg boleh di-instill dlm diri. Bukan semata dapat CGPA bagus. Try divert your mind to a more colourful and flexible space.

Have a 3D mind and make things happen.

Do your part to help those in need, I hope Allah will help you at all times that you needed guidance and some light to shine your way. 

Mungkin Adam tak pernah wujud tapi aku salute lakonan Minah. Adam tu kalau wujud betul beb, aku sudi jadi isteri dia beb. Hahaha. Dia punya nasihat mmg padu sentap dan memberi kesan haha. Aku dah la bebal sikit kan, Byk benda aku belajar drpd Adam. Mungkin sebab dia handsome, aku absorb lagi laju sikit ilmu dari dia hahahahaha tampar sikit Anisah ni, tak behave pulak.

Eh sudah. Panjang sgt tazkirah subuh ni.

------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away