C to Your C.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Post yg panjang.


Aku memang orang paling terakhir sekali yang layak bagi advice sebab obviously we are all accountable for our own opinions. Tapi in this matter, aku rasa cm aku ada satu opinion.


Confess to your crush.


Opinion aku adalah kalau aku suka somebody, aku akan cakap dkt dia. Aku kena cakap. Kalau tak aku tak boleh duduk diam hahaha. I took a slow and steady process now to find The Guy. Hahahaha.

Aku dah sampai that point yang mana Im not afraid of rejection nor am I eager to keep searching for another 'somebody' after being rejected.

dan aku rasa, menyampaikan isi hati aku pada lelaki yang aku salute, hormat, adore and secretly sayang ni adalah satu benda yang aku kena buat walaupun sekali je and yang sekali tu pun dia reject. (mmg bangang sapa reject aku kan? i know *flips tudung* HAHAHAHA)

Sebab apa kawan-kawan, kena reject is not the end of the world. Aku pernah kena reject, long time ago. Not afraid about that. Of course I was devastated but that's fine.




Aku belajar yg cinta tak semestinya memiliki. Yes betul. Tapi aku rasa memberitahu isi hati aku pada dia adalah hak aku terhadap diri sendiri yang aku kena lunaskan. Aku kena bagitahu that guy walau apa cara sekali pun. Itu hak aku kepada aku. Kesian dekat hati aku kot, tak kan suka org, syg org, duk pendam jd pekasam, mengharap tadah tgn doa dkt Allah je? That's unrealistic to me.

Sekurang-kurang, confessing my feelings for him is the last way to resort, to fight. Confession is the ultimate effort bila aku suka orang or bila kau suka orang, nanti or now. Really.

Aku tak rasa aku patut expect that guy tahu aku suka dia. Assume or expect is a bad way to start relationship. A good relationship requires you both to sit and slow talk. It begins before embarking on a more serious level of relationship.

Itu lah opinion aku or my principle. If someday aku suka somebody, I will confess to him...

"okay i tau ni random, tapi i suka you dah berkurun lama. you cm buta tak nampak i suka u kan? blerghhhhhhh nvm, jom pegi makan?"

hahahaha sebab aku mmg jenis bubbly, happy, malas nak fikir berat".

Lepastu kalau tetiba dia kata...

"weh nesa, jgn buat gila doh. u suka i?"

Aku reply la balik (sbb dia mcm dah subtly reject aku)...

"u yang gila. i ajak pegi makan je tadi. perasan!"

HAHAHAHA.
Lelaki cmni tak wujud, sebab tu aku cipta perbualan ni.

Tapi bottomline dia sekarang ni, aku akan confess, walau apa cara pun. Sebab aku rasa puas. Dah cakap akhirnya :')))) pegi mampos la dia nak reject ke apa.

Tak semestinya dia akan rasa benda sama or dia pun akan bunga", jadi aku perlu faham dan matang dalam meng-handle situasi sendu macam tu. Sometimes, kau kena sacrifice perasaan malu tu, jadi berani. Lepastu sertakan dgn fikiran yg matang, jiwa yg lapang. Act professional and realistic. Tak semua aku nak aku akan dapat.

Dia taknak, lepaskan.

After all, dia yang rugi hahahahahaha.

Aku tak cuba utk nasihatkan sesiapa secara indirect dekat post ni. Ini mmg pendirian aku sendiri dah lama dah, sejak 2007 weh. Benda ni lah salah satu perkara dalam hidup yang mengajar aku utk speak up for what I want or who I want and redha bila tak dapat.

Hati yang redha selepas kena reject tu power gila, tahu?

Aku suka utk cakap dkt diri sendiri bahawa walaupun aku tak rasa aku cantik nak mampos mcm Izara Aishah or Fathin Edora, genius nak mampos mcm engkorang semua, pandai masak mcm Yasmin Azila, solehah mcm Siti Aisyah RA...

I am the best version of someone's future wife.
Aku yang telah ditetapkan oleh Allah terbaik utk dia ni, bukan dia tu.

Jadi kalau aku confess dekat that guy and dia reject, it doesnt matter anymore. Some other girl suits him better. Aku kena matang and terima dgn penuh redha benda ni. Atauuuuu maybe someday bila dahi dia tu kena starlight, mungkin dia sedar yang aku ni wujud utk dia hahahaha.

The thing that matters is effort to let him know. The rest bukan tugas aku, bukan kuasa aku. Aku kena sedar yang kuasa mengawal hati dan perasaan that guy ada pada Allah. I should know my limit and I should know when to walk away.

So dear boys and girls who read this, find your own principle. Ini prinsip aku. Not necessarily applicable to everyone. Emm, it is actually sebab semua orang boleh confess, cuma kau nak or taknak je. Either you want to let that chance slipped away or grab and hold it tight.

tips 1 : find a way to make friend with your crush
tips 2 : be a friend
tips 3 : confess
tips 4 : remain cool, act as a friend if kena reject hahaha

Aku tak suka the try-too-hard game and aku lagi tak suka the never-try game. You know, never confess or push sgt org tu supaya dia suka dekat kita balik. Kau taknak, then thats fine, we're still friends.

Tapi nanti jgn pulak...

"eh nesa, haritu aku mcm dgr kau ckp kau suka aku kan? hehehe"


basi.



ps : segala contoh conversation adalah contoh semata-mata, takde kena mengena dgn engko ataupun yg dh takda, segala contoh tak memberi maksud sekarang ni aku plan nk confess dkt crush aku haha. i've had enough heartbreaks tho, now im taking a break to meet my husband later. bosan gila topik cinta ni. eh. bye.
--------------------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Anonymous said…
Style kot that's principle 👌🏻 I like.
From rejection we learn something. Love is the process of learning. Not only love, it's life.
You tulis mcm ni dah mcm org business pulak, sbb in business you kena biasakan diri dgn rejection.
Yasmin Azila said…
Kenapa aku terlibat dlm kes ni....,

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away