Di hari Pendaftaran AYAM.

بسم الله الرحمن الرحيم 

POST YG PANJANG.

Okay, aku tengah serabut. Perasaan aku sekarang ni mcm berselirat gila. Semester 4 ni aku tak dapat kolej, so aku kena cari rumah sewa. So aku decide nak duduk Apartment Yayasan Melaka, known as AYAM. Yes it is people, chickennnn hahaha. Nama je apartment, aku rasa kena tulis flat yayasan melaka kot, tak rupa apartment. Sedih aku. Bayar per semester (5 bulan) RM835 okay. Mahal nak menangis.

Dah plan dgn Ika and Fara nak sampai Melaka by 12pm, tapi takdir, aku bgn lambaaaaaat sbb tidur at 5am settlekan jailbreak iPod. So aku sampai Melaka time azan zuhur, dah pesan dekat dorang daftar lah dulu, jangan tunggu aku. Kesian family dorang nanti. So, dari pagi tu masa otw ke Melaka, mood aku dah ke laut. Tapi aku cuba dgn segala daya utk tak moody. Fail sikit la, tapi aku paksa gak mood tu jgn hancur sgt. This should be a good day! (so I thought, pfffttt)

Alhamdulillah, aku bersyukur sebab Puan yang dkt kaunter tu polite sangat. Aku suka betul aunty-aunty yg guna "nak" dkt penghujung ayat. Cth, "ini kunci bilik kamu ye nak, jaga baik2". Hahaha. Rasa mcm traditional malay style of motherhood lol. Pendaftaran went smoothly. Ayah mcm biasa, dari sem 1 duduk kolej, setia voluntarily amek gambar aku, perhati kan aku isi borang etc. Muahh Ayah! 

Aku dapat level 5. Not that bad kalau lif rosak, aku boleh naik tangga, no problem. Jadi student UiTMKBM, tangga ni dah sebati dgn diri. Kampus 16 tingkat kan. 

Aku rasa mcm sendu, layu, nak menangis sebab enviroment baru. Lepastu bilik aku tu mashaAllah mcm tak pernah ada penghuni. Lantai simen pecah. Tingkap takda jeriji. Nasib katil, meja, almari is fine, aku okay. Cuma lantai diaaaaaaaa. Bayangkan la lantai simen pecah, pasir bersepah. Haruslah tampal kotak dkt lantai utk tutup yg pecah tu. Stress beb. Penat menyapu. Dan haruslah beli tikar getah. Dulu dkt KMS lantai simen gak, tapi terbaik beb lantai dia, licin, bersih.

Amboi merungut. 

Satu rumah ada 5 bilik. 1 bilik 2 orang. Roommate aku alhamdulillah okay aku rasa orangnya. Aku jarang ada masalah dgn siapa aku tinggal. Allah selalu bagi orang yang opposite character aku tapi boleh go. Lembut orangnya. Belum pape dah kata dkt aku "bagus lah sama course! boleh study sama2". Okay.........ni mesti dekan.

The whole house is a mess. Bilik air dia, bilik mandi mmg out. Ya Allah spoil gila kau ni Anisah hahahahaha. Tapi aku harap semua orang tak lah terlalu pengotor sangat. Aku tahu, mcm biasa, aku tak reti diam akan cuci toilet rumah. Tak kesah lah rumah mana. Sebab no no no, aku nak guna, aku yg bersihkan. Tak suka tunggu orang lain. Tak suka jadual. Hahaha that jadual thingy sucks for me.


To be really honest, aku tak rasa nak make friends doh and thaaaaaat sucks. That is not me. Trust me aku tak friendly langsung masa daftar tadi. Tak mcm masa sem 1. Sure bebudak baru ni takda story nak bahan aku bila kita semua dah ice breaking. Hahahahaha. Aku rasa mcm aku nak kawan dgn roommate aku ni je boleh? Anyway, nama budak ni pun aku tak tau hahahahaha. Kan aku dah kata! Ayah geleng kepala je.


Mak was really helpful. For the first time utk selama ni aku duduk asrama, aku rasa last dia tolong aku kemas masa form 1 dekat Aspuri Johor. Lepastu aku tak suka dia tolong, nanti aku jadi sedih bila bukak almari hahahaha. Tapi tadi dia tolong. Aku tak kasi dia tolong settlekan almari, so dia settlekan tikar dgn langsir. Muahhh Mak!

Aku cuba happy kan mood tu dgn amek gmbr dorang. Taking pictures mmg buat aku happy doh, I cant help it haha. Aku cuba utk bersyukur yang harini, aku masih ada Mak dan Ayah utk teman aku, tolong ingatkan apa aku lupa, tolong bayarkan yuran, tolong hantar aku, Allahurabbi...

Dalam ketidak-selesa-an aku terhadap keadaan rumah tu, masih ada benda yg aku keep on kata pada diri utk teruskan bersyukur. Paling legit is Mak Ayah. Tak semua orang bertuah mcm kita yang masih ada ibu bapa ye kawan-kawan. Jadi kalau kau rasa gloomy, sendu, layu, ibu bapa tu Allah hantar sebagai peringatan utk kita yg kerdil ni. 

Despite everything, aku bersyukur dgn setiap yg Allah masih pinjamkan pada kami sekeluarga. Aku harap dgn rezeki yang ada ni, aku boleh tolong ramai orang satu masa nanti. Aku pantang ah dgr orang tak boleh sambung belajar sebab takda duit. Aku rasa unfair gila. Takda orang patut suffer financially demi education weh. Takdaaaaa. PAHAM TAK? TAKDAAA! Dem.

Itu lah yang aku keep on cakap dlm hati, fikir dlm kepala. Bersyukur, bersyukur, bersyukur, buat baik dekat orang, share rezeki sbb tak semua orang sebertuah diri ni and semua rezeki ni bukan kami sekeluarga punya tapi Allah punya.

Masa lunch dkt Briyani Power dpn Jusco, aku kata dekat mak ayah...

"tak suka la AYAM tuuu, taknak duduk situuuu. Anis nak nangis la mcm ni"

Mak gelak, she said

"just suck it in lah"

Masa tgh kemas bilik, aku merungut benda sama, sikit lg nk nangis betul, Mak kata sambil senyum...

"awak ni, cuba suka benda yang awak dah ada"

Mak, jangan lah deep sangat. Hahahaha. Aku harap dia tak cakap mcm ni bila ada orang masuk meminang tapi aku taknak dekat dia. Lagi sentap la siot. Hahahaha.

Harapan aku semester ni supaya GPA aku cantik mcm aku. Eh tak. Jahanam. Hahahaha. Aku harap something better happen. It might be a different journey for me but nak buat mcm mana, it's the price I have to pay. 

Kita semua perlu masa utk adapt dgn benda baru. Lama-lama nanti okay, for sure. Aku rasa aku perlu brush off semua perasaan yg tak perlu, bonding dgn orang sekeliling aku supaya aku lupa this gloomy feeling inside. Bersabar banyak-banyak.

Tapi aku still tak puas hati rumah tu mcm tu hahahaha. Hishhhh!!

Anyway, here are some pictures from today :


tggu kaunter bukak after lunch hour

mak

ayah

daily view lepas ni beb hahaha jgn tanya apa kolam byk2 tu, aku lempang nanti

ha ni dia bilik aku. belah kiri ada katil roommate aku tu la.
aku rasa aku nak beli ah wall tapestry (click that to know what tapestry is),
bosan gila dinding putih. 

that orange building is kolej, rinduuuuuu

sebab aku sendu sgt mcm nak menangis, aku kata dkt Mak Ayah aku tak kira, nak ikut dorang balik Shah Alam lepas siap unpack brg semua. Ya Allahhhh terima kasihhh sbb Mak Ayah jenis melayan. *nangis terharu* hahahaha so Ahad malam aku balik Melaka semula, alone. Start my life as a student, again. Isnin kelas beb.

ini dia makhluk yg byk complain, muka masam, nak nangis tapi tahan, yg telah cuba tak moody teruk. Yours truly.

Sorry, terpaksa panjang kan setiap post bila aku tengah serabut, nak nangis, gloomy, takda mood bagai. I need to let it out, sbb kalau tak aku lepas dkt org sekeliling aku. You dont wanna deal with grumpy Anisah. Ever. Haha. 

Btw, Nanti aku amek gmbr byk2 lagi k. Aku suka share pictures and write stories abt daily life dkt blog ni. kot la nanti aku dah jauh, blog ni je la tmpt kau nak keep up with Anisah lol hahahaha. Follow lah snapchat aku, sejak Anya dah ajar cane nak Snapchat ni, peh peh pehhh, bukan main beb, daily update.

Snapchat : Nesayang

Doakan yang terbaik utk aku ok! InsyaAllah. Not every bad beginning is a sign of a bad ending, okay people? Sometimes, you just need to work hard through it and you'll see a better ending and you'll understand why Allah put you in that situation --to make you better bcz Allah love you.

Yang aku ni kena balik Melaka lah yang pasti, asyik mereput dekat Shah Alam bawah ketiak Mak Ayah, berkepam dlm bilik kuning aku yg dah siap cat ni pun tak boleh gak kan? Hahahaha.


Come on Nisa, you've faced things harder than just a gloomy feeling. Duh...
-----------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away