Blog Yang Bersawang.

بسم الله الرحمن الرحيم 

Tudiaaaaaaaaaa! Aku rasa-rasa lah, mesti ada antara korang yang duk ulang alik bukak blog ni tapi harom takdak update langsung. Aku rasa je, jangan lah kecam. Hahahaha. Tapi kalau betul lah ada, OMG you guys must've loved me too much kan??? Hahahaha.

Terima kasih buat korang yg sering kali bukak blog ni.

Aku ni bukan takdak benda nak di-blog kan. Ada tu ada, masa pun ada, tapi kerajinan dan mood. Mood ni penting utk aku. Dia mcm jiwa lah. Aku tak reti nak buat benda tu kalau jiwa tak datang lagi. Aku tak rasa happy. Gittewwww. 

Assume lah aku dah start cuti seminggu sempena Hari Gawai. UiTM ni kan pemurah cuti, lepastu tak suka bagi cuti semester awal dekat kami semua. Heh! Semester ni aku paling jarang balik. 

Sekarang ni kan dah week 12. Final exam mula week 15. Kau nampak lah dia punya gila tu macam mana kan? Ada less than a month lagi. Aku masih lost byk subjects lagi. Nota tak siap lagi oi. Past year tak sentuh lagi. hotak diaa. Sebab tu lah mood blogging tu takdak.

Takde lah academically productive pun, tapi ntah. Tapi sem ni lebih byk nota aku buat berbanding sem-sem lepas lah. Aku harap cuti hari gawai ni function sikit ah. Tapi risau gak aku, lama tak balik, takut syaiton dlm diri ni tak terbendung. Nak merayap je kerje. Hahahaha.

Percaya lah baru dua kali aku balik sem ni. Tepuk bahu sendiri, Anisah. Kahkahkah! Power nokharom betul. Rindu rumah, tapi nak gerak balik Shah Alam tu allahurabbi, liat. Mak Ayah aku pun busy urus my little brothers. Semua ada big exam tahun ni. Busy year for our family.

Seperti biasa, aku mengharapkan semester ni lebih baik drpd semesters yg lepas. Dlm otak aku skrg ni asalkan grad dgn pointer paling jauh aku boleh pergi, usaha paling molek, Im all good. Sedih cakap pasal pointer and course ni, banyak benda aku makan hati tapi tu lah, kena redha (yg aku rasa, aku masih gagal utk lakukan).

Aku pun tk tahu apa hikmah aku dekat sini, buat course yg lari jauh dr core field aku. Benda camni, bila byk sangat fikir, aku boleh nangis tak pasal2. Tapi hidup ni kalau dapat semua benda kita nak, bukan duniawi nama dia. So apa depan mata, kita jaga elok2.

Aku dah semester 4. Semester 5 je tinggal dkt Melaka ni. Semester terakir (6) praktikal maybe aku apply dkt area Shah Alam or KL or Johor. Sikit je lagi wehhhhh, setahun lagi siaaa, lepastu kahwwwwwwinnnnnnnnnn hahahahahahaotakkauuuuu -_-

Best ke International Business? Best, serious best. Bukan benda yg bosan teramat lah. Byk baca tapi aku okay sbb aku mmg prefer baca dr numbers. Tp tu lah, not my cup of tea. I like TESL or Journalism or PR better. Tudiaaa, takpa sampai masa aku cerita mcm mana aku boleh terrrrrletak course IB ni dlm UPU.


Tu lah yg aku selalu bgthu diri sendiri, sikit lagi neca, sikit lagi then you are free. Tapi tu lah, lepas viva nanti menangis pulak aku nak cari kerja.

Kalau kau pernah rasa kena hadap commitment yg kau tak suka for years, kau akan faham perasaan aku. Tapi aku enjoy dgn life degree aku. Kawan-kawan aku semua okay, takde yg perangai bangsat. Classmates pun okay. Org kata ramai sgt perempuan lg serabut, tapi tak utk aku dan kelas aku. Aku rasa kelas aku smooth je. Kalau ada conflict pun sikit sgt, mcm habuk, takda effect dkt aku. 

Dugaan aku adalah memastikan aku grad on time sambil buat course yg aku tak minat. Selebihnya Allah pinjamkan rasa senang, damai dan bahagia. Alhamdulillah.

Ingat lah kawan-kawan, kalau hidup kau tgh stuck dgn benda yg buat kau rasa resah, tak minat, takda feel, tak ikhlas, separuh hati, tawar hati, kau kena find a brighter spot, something positive about your life, hold to it very dearly and keep moving forward sambil berdoa semoga kau jumpa ending yang melapangkan dada. 


Bukan selamanya hujan dan ribut, percayalah. Aku tengah cuba utk percaya bahawa satu hari nanti aku dapat buat benda yg aku suka, aku minat, yg beri aku pendapatan utk sara hidup. InsyaAllah.


Jom lah bersabar ye kawan-kawan. Cari spot utk enjoy journey yg Allah dah bagi ni, Allah tahu kau sedang mencuba. Dia kira tu semua. Bersabarlah.

Till next time! Esok aku ada test, lepastu aku tggu parents aku datang dr Shah Alam dan off we go to Johor hehehe and cuti begins!

----------------
Thank you for reading!
Have a nice day! ♥

Comments

Popular posts from this blog

Family Trip 2011

My Previous Love Story 2.0.

Locked Away